Friday, August 12, 2011

like

aku suke bace blog orang.

super awesome!

inspiring!

cool!

fun!

mine?

pffttttt.

tsk tsk T_T

Wednesday, August 10, 2011

gentar

my dear lecturer has already set up all the important dates for the final year project~
my research would be on
" screening and isolation of inhibitory peptide from bacteria isolated sponges"

20/9 – Briefing: Lab Essential
26/9 – Submission of Proposal
30/9 – Submission of Presentation Slides
4-5/10 – PROPOSAL PRESENTATION
18/10 – Seminar 1: Time Management
1/11 – Seminar 2: Managing Bibliography with Endnote
22/11 – Seminar 3: Using RSS Feed
6/12 – Seminar 4: Wrangling Long Documents
8/2 – FYP Briefing
14/2 – Seminar 5: Writing a Literature Review
28/2 – Seminar 6: Scientific Writing
13/3 – Seminar 7: Scientific Writing & Data Presentation
3/4 – Seminar 8: Oral Presentation
22/5 – Submission of Thesis (Draft)
7/6 – Submission of Presentation Slides
12-13/6 – THESIS PRESENTATION
26/6 – Submission of Hardcover Bound Thesis
my final 2 semester will be filled with all these.

may Allah gives me enough strength to accomplished all these with success.

insyaAllah..

amin..

Monday, August 8, 2011

kotak telur

20 november 2011
keramat tak keramat,
nak kene bersengkang mata siapkan segala benda untuk orang kahwin ni haaaa
masak kenduri pun sendiri,
dasyat tak dasyat.
pukul bapo nak bangun
jawabnya tak tido, nanti tetamu datang, mata masing masing dah macam panda

20 novemver 2011
20112011
makcik aku kahwin,bukan aku harap maklum.

kami buat kotak telur sendiri
operasi telah dimulakan sejak awal bulan 5,
dan kini telah terbantut kerana pertukangan rumah atuk sedang giat dijalankan

cara cara buat kotak:

bahan-

cardboard keras garis garis (ikut suke la nak warne ape jenis ape, yang penting telur rebus tak bolos)
gam UHU
pisau
pensil
pembaris
reben comel

yang paling penting!
daya kreativiti
tenaga untuk duduk selama berjam jam
mata yang sihat
jari yang gemalai untuk gam semuanya

lebih kurang begini lah bahan bahannya. keserabutan boleh dilihat dari cara bahan ini diselerak.


ini adalah sebahagian dari hasilnya.

sehingga kini, bilangan kotak telur yang dah siap rasenye belum lagi mencecah 500. 300 pun tak tau ade ke tak.
target ingin dicapai mungkin dalam 2000 lebih.

BILA NAK SIAP?!!

kami tidak menerima tempahan. beli je dah siap dekat kedai bunga telur, lagi senang. kedai 2 ringgit pun ade.

Saturday, August 6, 2011

Ahlan ya Ramadhan

assalamualaikum

entri ni ditulis mase puase dah masuk hari ke 6 insyaAllah...
Alhamdulillah, Allah bagi aku peluang lagi untuk bertemu dengan bulan yang penuh rahmat dan berkat ni..
bulan ape? bulan Ramadhan.....
bulan meningkatkan saham akhirat..
bulan muhasabah diri..
bulan penuh cahaya pengampunan..
Alhamdulillah..

ok. ape nak tulis? 
dah nak masuk 6hari puase, ade checklist? 
mula dengan bangun sahur, lebih elok dilewatkan sikit, tapi jangan la lewat sangat.
lepas tu, solat subuh..
lepas tu tido? eh, tido? ehhh. nanti rezeki lari ye anak anak. lepas solat subuh, bacela Quran dalam sepotong ayat pun dah dapat pahala dah. sampai hati kan bace sepotong jek. kalau suruh bace blog orang tu laju jek tekan older post.hohhhhh.
lepas tu, kemas kemas la rumah..bukan breakfast ye..ingat..ni bulan puasa..dan kemudian diteruskan dengan aktiviti manusia sejagat.. sempat buat Dhuha pun,Alhamdulillah... Allah bagi peluang ni tambah saham, tak payah gune duit, ape lagi, tambahhhh..jangan malu malu..
nant solat zohor, bace Quran, Asar, bace Quran..kalau buat la selalu camni, boleh khatam Quran dalam mase bulan Ramadhan tau..
lepas tu, kite pegi bazar ramadhan! wah! ni la masa yang ditunggu tunggu.!
ayam percik,ayam goreng, kebab ayam,burger ayam,roti ayam, wahhhhhhh.
ehhhh. sabar.... membazir tu amalan syaitan! bersederhanalahhhhh.. jangan risau..puase ade 30 hari.. 30 jenis makanan kite boleh beli..1 hari 1 jenis...kan jimat tuuu. badan kurus, poket pon selamatttt. tak gitu cik kiah?
kemudian, tunggu la waktu berbuka. seeloknya disegerakan..tapi tunggu la azan yek!
makan makan makan.. jangan malu malu..
solat maghrib dan bace Quran, isyak, dan bace Quran, kemudian, tarawih.. insyaAllah... kebaikannya berlipat kali ganda Allah dah janjikan.. sejak azali lagi.. tak payah sign agreement ape ape, Allah dah janji nak bagi ganjaran berlemon lemon! Alhamdulillah....
begitula checklistnye... kalau ade yang terkurang, tambahkan..maklumla, aku manusia, banyak kurang dari lebih..silap sendiri, bukan orang lain...

tahun ni, aku dapat puasa sebulan dekat rumah. 
setelah hampir 5 tahun berpuasa di perantauan, dapat juga akhirnya berpuasa di rumah..
Alhamdulillah....
tapi puasa aku di rumah, agak berbeza dari orang lain.
sebab, aku lahir sebagai anak warung...eh,bukan lahir dekat warung..
cuma mak ayah aku besarkan aku dengan hasil warung..
celik mate, ke warung la aku. tutup mate pun dengan bau warung..hahaha..
Alhamdulillah rezeki Allah bagi... lain orang lain bahagiannya..
bahagian aku macam ni lah...
untuk mereka yang berniaga makanan di bulan puasa ni, aku faham, incomenye berbeza di bulan biasa. 
jangan korang salah anggap kate bulan puasa lagi banyak.. lagi banyak mungkin untuk yang saja saja berniaga sebgai side income. tapi kalau bagi yang berniaga tu memang mata pencarian dia, aku faham... incomenye amatla sedikit..
sebab orang cume datang mase waktu berbuka..
dan waktu berbuka tu la, aku pegang kuali, bukan pegang kuih.mungkin pegang sabun basuh pinggan.bukan pegang air anggur sedap lemak berkrim.
Alhamdulillah.. rezeki Allah bagi..
muhasabah diri macam mane susahnya mak ayah membesarkan aku..
kuih lepat ubi boleh tunggu, tapi pelanggan tak boleh, nanti dia mengamuk.
berbeza kan dengan orang lain? anda berbuka bersila menghadap makanan. beraneka jenis..
Alhamdulillah..rezeki Allah...


maka, ini la warung mak aku.
semalam baru sehari mak ayah buka warung, sebab sebelum tu macam macam hal nak setel.
warung ni yang membesarkan aku dengan adik aku.
tau tak ape aku terfikir? seram juga kalau orang tak suka aku yang cuma anak warung ni.
eh, bukan aku merungut..tak..aku dah cukup bersyukur dah.. tapi pendapat orang tu, entah la..
ape nak risau, Allah janji yang terbaik untuk kita.. insyaAllah..
ha.. semalam aku berbuka dekat warung la. makan bihun sup dengan kuih sikit. air sirap.. tak ramai orang, dapat la ambil gambar ni. hu. 

maka, kalau anda semua ade terniat nak merungut tak puas hati dengan juadah berbuka hari ni yang tibe tibe tak kene dengan selera, haishhh!!!!!!!!!!!!! fikir dulu.
anda masih bernasib baik sebab boleh makan dengan tenang, dan cukup untuk penuhkan ruang perut buat bekal solat terawih.
fikirlah, sebab ade yang lebih kasihan dari diri kite...
muhasabah di bulan Ramadhan yang mulia ini..
bersederhanalah, dan bersyukur dengan ape yang anda miliki.
mudah mudahan nur Ramadhan melekat di jiwa dan sanubari kite semua..
InsyaAllah.. 

tahun ini juge puasa pertama kami tanpa arwah atuk....
tak ade lagi suara atuk kejut kami di kala hening pagi. 
akan datang tak ada lagi suara atuk mengalunkan takbir malam raya..
Allahuakbar...
Al-fatihah buat Allahyarham Haji Elham bin Haji Elias. semoga rohnya tenang di sana.. amin..

salam Ramadhan untuk semua..

Tuesday, July 26, 2011

baju kurung cantik menawan

salam.
last 2weeks i guess, together with my parent, we went to kl for some sort of shopping.
duhhh. shopping, what makes it different. shopping. shopping.
the differences?
- with and without money.
now u get me?

2minggu yang lepas, agaknya, aku dengan mak ayah jalan jalan je dekat kuala lumpur..nak membeli belah gamaknya. ufh. gile nak translate2 nih.

takdelah. macam ni. 2minggu lepas, ayah ajak shopping dekat kuala lumpur. kl lah. so, we rode the bus. the best thing was, 1 passenger brought this smelly thing on the bus. and it is called "durian". what on earth is that thing? hohhhhh.
ha lahhh. durian. buah dughian tuh. yang macam kat belakang umah atuk tuh.. waduh.. enak bangat yeh? unfortunately, it is not in my favourite food-list. tak payah susah susah beli durian, i tak makan nyahhh.
ok. then, the driver had to stop for about 2 to 3 times just to figure out who the culprit is. (indon tu memang nak kene tau!) pening nyahhh kepala duk dalam bas tuh!still, sape la nak ngaku kalau dia bawak durian pun.in the end, bus jalan je jugak. life must go on kan. katenye.
2jam lebih tau dekat dalam bas, mase tu kepala da goyang goyang. serius pening. those yang hantu durian pun aku jamin takkan suke punyelah.

ok then, kami sampai dalam pukui 2 kot.
sampai la kami di terminal bersepadu selatan atau nama pendeknya "TBS", which is specifically for travellers from the south part of Malaysia.
tak ade la spesifik sangat, sapa sapa pun boleh mai.tapi bas yang available kat sini cuma yang dari belah selatan tu ja.

at first, i was like, whoaaaaaaa. macam airport siot.....kemudahannye, facilitiesnye, keadaan sekelilingnye, environment nya... whoaaaaaaaa. canggih tu........!

biaselah, dah 2jam duduk dalam bas, mesti la ade panggilan alam semula jadi. so, kami pakat nak pi toilet, tak tahan dah nih.aku dengan mak, p ladies, ayah p gents r. gila pa nak masuk ladies.
beratur tau nak masuk tandas. at that time, i was wearing a normal jeans and a normal long sleeve shirt with selendang belit paling simple abad ni aku rase. there were about 3 lines for 3 doors. 1 line tu ade girls cantik molek tengah tahan nak terkucil.pas tu aku.pas tu mak aku la.

aku jeling kiri jeling kanan, sat, awat ghasa macam ada yang duk perati pas tu gelak gelak kat kami nih.lor. those girls at the line besides me were actually did that. lah takda keje pa hangpa nih.

ampa tau, aku rase mase tu macam ada kat oversea aih. dunia asing buat ku. diorang pakat jeling jeling aku macam pelik sangat aih. ya la, aku pakai baju biasa ja. tak macam depa tu stylo abes. uih.

aku takda duit macam ampa lah.aku tak reti nak speaking macam ampa. aku mai dari kampung ja. belajar pun ceruk mana tah. ampa nak pi gelak kat aku pas tu ampa speaking bajet ampa tuh pandai sangat la speaking sampai aku tak tau ampa cakap pa. haih...

u've messed with wrong person la gurls.
tapi maleh nak habaq, kat "TBS" banyak polis, kang kena tangkap. tahan jek la iman. aku pi terkucil lagi baguih.teman mak ayah aku jenjalan lagi baguih dari pi tengok ampa yang dah mcam takda tamadun takda agama tuh haih.

kadang kadang aku rasa, bila jenjalan kat kl nih, macam bukan malaysia la. asing benar pulak.
maybe, sebab aku tak dapat nak cope dengan keadaan pesen dia ka, gaya mutu keunggulan ka, cara hidup ka.
iya la, kenapa aku cakap macam ni, sebab kengkadang depa depa yang kat situ macam pandang slack kat kita. bukan kita pakai seluar slack pun.macam kita buat salah pulak. haih.

saja ja aku duk tulis atas tu sekejap english sekejap melayu, sebab nak bagi sikit sikit la gaya cerita. aku tak berape reti sangat nak speaking, aku bukan pandai pun. aku ni budak biasa ja. tak reti nak gaya gaya. bulih tahan la lagi sekarang ni aku pakai jeans ka hapa dia tuh.dulu, aku duk kl juga jangan ampa tak tau. 2tahun tau. tapi, aku keluar, bekal pakai baju kurung cantik menawan.puas dah aku kena ejek haih. tak usah la bimbang.


 macam gambar nih, aku kat midvalley nih. kawan kawan suma pakat baju kurung. memang kami duk pakai baju kurung la kat sana. takda hal lah.

 tapi aku rasa bukan kl jah yang suka pandang pandang serong nih. tempat lain pun ada. tempat yang dah bajet diva tuh. eh tempat ka orang? ha.... macam yang kat atas ni, kami ni baru abih exam, p jalan jalan sekitar teluk cempedak. ampa tau, ada jugak yang ada hati nak jeling kami macam kami buat salah pakai baju kurung.ampa ni betui takda tamadun la.

dunia dah terbalik la sekarang nih. yang pakai baju kurung tu yang pelik.
ape nak jadi hai si baju kurung cantik menawan.
tabah la kau.

adios. aku dah ngantuk.

Allahummabismika ahya wa amut. amin.

Friday, July 15, 2011

bird and maid.

assalamualaikum.

bagi salam kan same dengan mendoakan kesejahteraan orang kan..
dapat pahala..:)

10 minggu aku duduk batu pahat, tak pernahnya sempat nak tulis blog dengan serius dan muka berkerut kerut..
malam ni aku tulis 2 sekali...
haaaa.
sakit belakang mule menyerang, sebab bilik tak ade meja...
bagus..

tak ape...sekali sekale...
hehee...

malam ni rase nak tulis pasal the best present ever..
along bagi.. along bagi.. mesti la best..hehhhhhh

ade la last week dekat batu pahat, along datang....
thanks along.. it was a tiring journey kan?
u came all the way from putrajaya, then went back.
hailoooo. risau sampai tak boley tido...

along gerak dalam pukul 7lebih and arrived dalam pukul 12 setengah..
Alhamdulillah.. lega sikit...
jalan jalan dekat batu pahat, and suddenly aku realized why batu pahat seems like dah takde tempat best. hailoooooo...
i wish to give along something meaningful la dah dia datang all the way jauh jauh tu..
tapi! jalan mane mane dengan along pun best, as long as he is along. bukan orang lain..haaa
although kitorang round BP mall tu dekat 2 3 kali pusing, tapi fun.. bukan sebab BPmall, tapi sebab along..
hehhhhh...
and along bought me these.

a novel and an angry bird with voices "muah! i love u!".
hailoo.. sweet macam tembikai kan..
thanks thanks thanks million thanks along!
novel itu ho, character dia macam along.. omg! sweet. simple. yet romantic.
hailo hailo.... rame rame kembali dalam perut...hihik...

then around 5 kitorang gerak balik kampung. i thought nak bawak along jumpa my parent, tapi mak dengan ayah tak ade,melancong ke klang jek. hohhhhh
tapi, along jumpe orang penting jugak that day...
along jumpa atok dengan ciknana..
hohhhh. atok was real sporting! tau!
she likes u la along.serius.
Alhamdulillah...
everybody loves raymond. eh. tak.. everybody loves Amir Razauddin.
heeee.
senang kan bile dapat restu...
mudah mudahan dapat berkat...
dipermudahkan semuanya..amin..
insyaAllah...

i am exhausted now. tulang tulang semua merintih kepenatan.
mari tidur. zzzzzzzzzzzzzzz

assalamualaikum....

dulu dan sekarang

assalamualaikum..

auuuuuuuuuuuuuuu. lame betul tak taip taip story story..
hailoooo..
ape buat pun tarak tau.....makan tido makan tido jugakkk....
dulu rajin skarang?
eh, ke dulu malas skarang pun malas?
ape ape jek lah...

dulu dengan sekarang. macam macam nih..
dulu dengan sekarang tak same tau..manusia berubah...
dulu orang mainkan aku, oooo kau, sedap sedap jek kau dump aku pas tu kawen dengan orang lain ea. kalau bawak naek court nih, hancus kau tau.
haaa. tapi nasib aku hati mulia, boley senyum jek kan ko buat macam mane pun..
eh, terima kasih la bebanyak..
takde dulu, takde la sekarang..
kalau dulu kau tak buat aku macam tu, takde la sekarang ni aku bahagia berpuluh puluh kali ganda dari kau..
Alhamdulillah... Allah Maha Mengasihani, Maha Adil..
dulu aku sedih, sekarang aku senyummmmmm jek.
Alhamdulillah...

hehhhhh..sebenarnye nak cakap benda lain, tapi tulis benda lain..hahaha
last week, mak aku pegi buat spek.. dah kabur gamaknye, bace paper pun jarak 1 meter dari mata..
adoiii...
maka, mak yang tak pernah berspek ni pun pegi buat spek..
jadi, dulu mak aku tak pakai spek, sekarang da pakai spek...
dulu dengan sekarang.. :)

 kakak simpan untuk mak lah gambar nih..hihi..
eh, dulu aku pun pakai spek tau.. tapi ade gambar ic jek yang pakai spek tuh..hahahaha
kire lebey kurang macam bawah ni lahh. lawak ek???hihi

dulu aku buta, orang boleh main mainkan aku.. sekarang tidak lagi! aku tidak punya spek lagi.
mata juga bertambah terang. tiada lagi orang main kan aku. haaa. aku dah tak buta tau!
hahahaha.

dulu dengan sekarang..
banyak benda dah berubah....
Alhamdulillah, aku rase semakin baik....
lebih baik dari dulu....
Alhamdulillah..
semoga hari esok lebih baik dari sebelumnya.....

terima kasih DULU, sebab kau, barulah SEKARANG ade...
terima kasih ya Allah, kerana hadirkan tempoh masa yang cukup berguna...
Alhamdulillah....

tata!