Wednesday, November 30, 2011

20.11.2011

seperti yang aku janji pada diri sendiri;

the wedding of my lovely cik nana.


 umairah acted as the fairy of the day ^^

 the feeling of letting go a daughter :(

 the time finally arrived.


 all my uncles in pink! ^^

 the groom; solemnization

 the bride

 well, its your day, guess its photo time! ^^

 the pastry chef in the house! ^^

 counting next maybe :P

 budak busuk wekkkk :P

solemnization done. Alhamdulillah ^^

 7 vs 9

 batal air sembahyang ^^ finally

 heavy pink doesn' look bad at all kan? ^^



well, those hand made thingy shoud be given some recognition kan?
the cake and the beautiful art of fruits are from my cousin and my cousin-to-be.
both are chef in hotel at kuala lumpur.^^ thank u guys!its wonderful!


last but not least, my big happy family! ^^

special thanks to all guests that have made our day so special.

susah nak cakap terima kasih dalam english
macam tak sampai..hohhh

terima kasih kepada yang hadir, jauh dan dekat, utara dan selatan, timur dan barat...
Alhamdulillah...
jumpa lagi di majlis akan datang!


assalamualaikum :)




Sunday, November 27, 2011

pre wedding 20.11.2011

hari tu sibuk cerite pasal tak sabar nak balik rumah kan,
sekarang dah sampai rumah dan dah balik kuantan pun
tunggu penat hilang baru boleh update blog.

dapatla 2 3 entry sehari ^^

jadi, kalau dengar pasal pre wedding,
aku takde gambar pengantin sebelum wedding
tapi aku ade la sikit gambar persiapannye..

 ready..

1. the collection of muffin-like bees,ladybirds, and strawberries




tak rase cute ke?masa aku nampak nih, woahhh!!! macam mane orang ni buat.
sebiji 30sen jek nih. sedap! dia ade buat design angry bird jugak, tapi tak sempat pulak buat untuk kitorang..
takpe, yang ni pun dah cukup puas hati.. ^^

barang memang cantik, tapi nak packing tuh, parah sikit

bag semua total kate beli 1500 jek, tapi dapat tau lepas abis kenduri total bag sebenarnye 2000.
patutla macam nak gil# packing. pffftttt


here are the bags

jadi, kitorang start packing hari jumaat..
orang orang rewang memang tak boley lah packing packing nih.
lesap kat diorang dulu bende alah tu sume.wuhhh.eh, shhhh, tk boleh ngumpat

so, the guys pun tolong. well, basically, diorang buat semua lepas tuh hahaha.
sempat lagi membangga tu, diorang cakap bende ni kalau bagi orang rewang buat 5 hari 5 malam pun tak siap.
tapi diorang buat, malam tu jugak siap.
ok fine, admit jek lah.
let them have it this time kan.

bile tengok balik dekat dalam bag, tunggang terbalik.hahaha
dalam bag nih ade mathurat, kerepek, muffin, dengan bende wajib, telur pindang.

so, kitorang isi ade yang takde mathurat untuk non muslim, then pack in different box.

jadi, ayah aku label the boxes.
he labelled it like this:

"1 for ade mathurat, and 000 for yang takde"

gelak giler ah mase tuh.lawak lawak. selamba jek dia explain bile orang tanye ape simbol tuh.
ok, saya sayang ayah saya.hahahha

that's what makes our family gempak giler, riuh sekampung..haha

kitorang masak sendiri untuk kenduri nih
pukul 1 pagi mule, 
7 dapur menyala
masak nasi bariyani untk tetamu

memang tak hingat ape dah

mase tu aku in charge kisar semua bende
kisar badam, bawang, semua la.
dan lada kering 1 periuk besa. waduh. pijar woh

but, its worth it.
tinggalkan hal hal dapur, 
the most exciting part is, my clothes!haha



sepersalinan baju kurung moden.. heeee...comey tak? aku suke. kau tak suke itu kau punye hal.


and mestila tak boleh lawan baju bride

ni baju bride, yang dah jadi isteri orang pun.. alhamdulilah...
tak cantik ke? comey jek, later i upload yang laen dalam next entry la. 

lapar pulak rase, nak makan

assalamualaikum.. ^^


selamat datang 1433H!

1 muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
penghijrahan Nabi dan umat islam
dari kota Makkah ke kota Madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum Muhajjirin dan Ansar bersatu
rela berkorban 
harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu pengorbanan!
hijrah itu perjuangan!
hijrah itu persaudaraan!
hijra membentuk perpaduan!

oleh itu, mari semua!
kita sambut Maal Hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman.

untuk sepanjang zaman!!

yea! bayangkan lagu ni aku nyanyi penuh semangat berdiri tegak kalah tertib nyanyi lagu Negaraku.
haha.

rasenye lagu ni wajib aku dengar mase kecik kecik dulu bile awal muharram da dekat

ha. sekarang ade lagi ke ea? dah lame pulak tak dengar..

emmm. 

SELAMAT TAHUN BARU semua.

sudah semestinya manusia nak berubah ke arah lebih baik, tak payah tunggu tahun baru pun dah memang kene azam macam nih.

tapi ape ape pun, semoga aku menjadi manusia positif dengan sifat sifat positif!aminn..

walaupun post nih da lambat, takpe..


better late than never :)

hey positive ok! ^^




Wednesday, November 23, 2011

jangan gedik.

aku ada ramai sepupu, 
yang besar ade yang kecik ade

nak dijadikan cerita,
ade adik sepupu aku yang sorang ni,
tahun depan amik upsr.

mungkin pengaruh kawan kawan agaknya yek, 
surrounding ke,
adik sedara aku ni tend to act like adult
padahal baru 11 tahun

kalau kite dulu 11 tahun ape la sangat kite tau
lari sana lari sini je
cakap pun bende budak budak jek

ok ok 
nak dijadikan cerita lagi
masa hari kenduri hari tu, 
duduk sebelah mak sekejap, then mak pun buka cerita

"mak geram betul tengok adik (dik sedara) tuh, dah kenapa asyik nak menghimpit lelaki je.orang tu pun rimas. pegang sane sini.hish"

aku senyum jek, yela, mungkin budak budak suka dengan orang baru kan excited lebey.

aku pun pegi la depan, 
nampak la dia
dengan 2 orang lelaki.
aku kenal budak lelaki tu, in fact pangkat abang orang tu dengan aku
ok.aku toleh tempat lain.
sekali aku toleh tempat diorang,
wahhh! adik sedara aku ni dah lebeyyyy nih
main pegang pegang kepala orang tuh, gedik gedik suruh tanggal pakai cermin mata
aku tengok orang tu pun dah muke pelik

ehhhhh. ini dah lebih..

aku pun ape lagi

"adik, meh sini! ni ape dengan orang lelaki perangai macam tu. sapa ajar nih. jangan buat malu mak ayah boleh tak"

ok.kedengaran sangat kejam di situ. 
dia terus keluar duduk dekat kerusi diam diam dan sibuk sibuk dekat bilik pengantin
yang itu baru betul

takpela dik, akak sayang ko, jangan buat perangai perempuan gatal kecik kecik nih


kalau kecik kecik dah gatal, nanti besar jadi ape?








Thursday, November 17, 2011

random

dalam keserabutan dan permasalahan hati dan fikiran pikir nak balik manjang, 
dengan exam esok,
sempat jugak aku usha video orang kahwin..

CANTIKNYA PENGANTIN!!!!!!!!!!!!!!!

pegi je dekat u tube dan taip saja majlis akad nikah ke pertunangan ke, nanti ade la keluar video video orang nikah.

i got really excited sampai melangit bila tengok video video tuh

the bride and groom in any condition pun maintain cun cantik handsome!

macam mana ni 

macam mana ni

i can't wait!

adakah aku akan miraculously turn into pretty beautiful bride nanti?

miracle. how i wish.

haha

orang lain yang kahwin, aku pulak yang seronok lebey.

ok fine. nak baca nota lagi satu then tido mimpi esok exam dan balik!

oh ye! 

"SEMOGA ALIN DAPAT JAWAB SEMUA SOALAN DENGAN BETUL DAN CEPAT, BIAR DAPAT FULL MARK"

terima kasih sebab doakan.

assalamualaikum ^^







Wednesday, November 16, 2011

masalah dalaman;kritikal

tenggelam dengan arus perdana dadah dadah dunia 

antara keinginan dan paksaan 

eh ape nih

jumaat exam penyalahgunaan dadah atau dalam bahasa awesomenye "drug abuse"

jumaat nak balik kampung




 antara ini
 
(kesan study last minute.don't try this at home kid!) ^^

dan ini 

 (hasil lukisan budak kecil molek)





tak kire!ape pun jadi!
nak buat exam laju laju dan laju laju balik hostel dan laju laju balik kampung!


emak kata tengah masak telur pindang,
ala, telur yang warne colat coklat tuh.
sedap
masak dia guna macam macam daun banyak banyak lapis
unik ^^

anak sedara aku kate tu telur tak payah bayar sebab pegi kenduri je dapat telur tu

emak kate lagi tengah packing kerepek nak letak dalam goodie bag tuh
ciknana tengah buat kuah rojak buah untuk buat cicah cicah buah mase kenduri nanti
petang nanti orang datang rewang

ahhh! seronoknya!
cepatla exammmmmmmmmmmmmm

SANGAT TAK SABAR NAK BALIK!


Tuesday, November 15, 2011

makhluk kecil yang suci

babies
are special

including this one
little tiny creature
cute and adorable



hye!name kite arif


 hari ni kite jalan jalan dekat rumah kakak alin

terus terjah katil dia
sebab simen keras

 ape tuh? woh

 ape nak buat lagi nih.semua dah tarik dah





nak tidolah.


tata.kite ngantok.
assalamualaikum



random

 
 
 
 
 
boley macam ni?

hehh

Monday, November 14, 2011

kompang dipalu


lembu dah tambat
ayam dah sembelih
mak andam dah tempah
katil dah beli

 pengantin perempuan dah ready
eh, pengantin lelaki mana?


hahahaha

20november 2011
semoga majlis berjalan lancar
tetamu dan pengantin dapat dirai penuh sempurna.

amin.....

Friday, November 11, 2011

sengaja atau tak sengaja?

dunia ni pelik
sebab penghuninya pelik
bermacam ragam

kadang kadang aku pun jadi pelik

looking at this one situation
i guess everybody has to deal with this one important thing

MONEY

hmmm.
what's come into your mind?

uih.

"sekarang harga barang semua naik!"
"minyak semua naik"
"mahal betul la barang kat sini"
"tak da duit la"
well the truth are dear,

kentucky fried chicken semua penuh waktu lunch
mc'donald punye line tu rase macam dah sama panjang dengan landasan monorail kat kl tuh
secret recipie? ish, kek dia sedap betul. rugi tak beli!
kasut dekat adidas tu ya Allah, cantiknyaaaa..tunggu kau nanti aku beli
baju dekat padini tuh, pehhhhh....menggoda..nanti kau!


wanna add more dear? 
think about it.
sengaja cakap takda duit atau tak sengaja cakap?


heyyy manusia bernama fazlina surip. SEDARLAH. banyak betul kau membazir. macam tu kau kata takde duit? jangan kufur nikmat hoiiiiiiiiiiiiiiiiii.


adios






Tuesday, November 8, 2011

kisah silam. should i or shouldn't i?

korang ade kisah silam?
aku ade.
korang takde?
yeke?
selama nih korang hidup yang lepas lepas tu bukan kisah silam ke?

kisah silam tu ape sebenarnye?
kalau ikot kamus otak aku, bende bende dah lepas tu kisah silam la

"semalam buat kek coklat, tapi hangus"
kisah silam la ni

hmm.
aku memang suke membaca.
eh, jangan silap.
aku memang suke membaca, tapi bace novel dan blog.
it's not something to be proud of gaya macam "saya suka membaca buku sains setebal 5555 muke surat"

cume bace blog dan novel nih macam memperkaya diri dengan kisah hidup.
got that?

oke.so, saya terjumpe satu blog nih dan somehow i guessed this blog owner baru break up.
and.
saya rase macam tak berapa nak suka dengan entry terbaru dia mungkin.
sebab, it's a kind yang membuka aib manusia.

apesal tibe tibe "saya" pulak.

ok. this guy like seriously try test cuba nak menggambarkan betapa teruknya girl yang dah dump dia
it was so crazy punye statement la.
somehow entry tu if ade la somebody yang kenal that girl,
Allah, macam mana? terbuka aibnya.

aku tau putus cinta ni memang sakit.memang sakit.
takda herba takde ubat nak bagi hilang.
tapi ada cara.
dan bukan dengan cara itu.

so, kisah silam ni, benda dah lepas.
hidup jangan suka pusing belakang.
takkan maju kalau macam tu.

well, mungkin juga bagus untuk pusing dan reflect balik betul ke ape kite buat.
untuk kesedaran,apa salahnya.

pada yang empunya diri,
ok la macam aku.
aku pun ade kisah silam.
jadi, patut tak kisah silam ni kite cerite pada sape sape?
patut tak?
patut atau tak?

to think back, in certain situation, rase macam tak patut.
tapi dalam keadaan yang lain, macam patut.

ape ape pun, aib akan terbuka juga di hari akhirat.
kan?
masa tu memang takda apa yang boleh disembunyikan lagi.

aku rase aku ada 2benda la yang aku boleh buat jadi peringatan

untuk yang ada kisah silam yang rasa macam dah taknak ingat lagi dah,
kembali la pada yang maha Esa. cuba berubah. minta ampun seikhlas hati. Allah suka dan sayang hambaNya yang suka pohon ampun. Allah tu Maha pengampun.

untuk yang suka sangat buka kisah silam orang lain nih, sudah sudah lah. ingat ingat Allah. istighfar banyak banyak. istighfar tu mudah, cuma perlu penghayatan. astaghfirullah."aku memohon ampun padaMu Allah".. mudah dan hayati....

ingat ingat lah, kite masing masing ade yang sedang mencatat di kiri dan kanan. buku tu kite tak nampak, tak boleh nak baca. tak tau dah tebal mana.

jaga diri, jaga iman masing masing.
yang mengukur keimanan kite bukan manusia, tapi yang maha Esa.
yang menilai baik buruk kite, bukan manusia, tapi yang maha Kuasa.
yang menilai dosa dan pahala kite, bukan manusia, tapi Allah yang satu..

hidup biar penuh pedoman, jangan penuh kejian.
nikmati la hidup yang sekadar pinjaman ni.

daaaaaaaaaaaaa ^^

menjelang hari bahagia

salam

20 november 2011 tinggal 12 hari sahaja
persiapan tu boleh kata ok la jugak

masih ada lagi yang tak selesai

baju nikah nak kene alter
door gift punya bag masih ade lagi nak kene buat
kanopi tinggal tunggu hari nak pasang
lembu tengah dijaga kesihatannya
ayam tengah kiok kiok urut leher
barang barang masak belum beli
kek tengah tunggu oven panas
mak andam dah tulis dalam planner 20hb kene datang rumah kami
hantaran ada lagi belum ambil
kerepek belum siap bungkus

emak ke hulu hilir beli itu ini
cik ni ke hulu hilir nak masak acar bagai
cik na ke hulu hilir nak menjahit
cik non ke hulu hilir menjahit juga
atuk dah tak tentu arah tengok anak anaknya semua sibuk kalah wedding planner

si pengantin?
dupdapdupdap
si lelaki tengah hafal lafaz, agaknya sampai termimpi mimpi
si perempuan tengah menyesuaikan diri mental dan fizikal dengan tanggungjawab baru, seorang isteri.

aku?
si pengapit, ehem, praktis la sikit. haha
mau tak berdebar nyah, aku tak reti jalan perlahan
agak agak kalau suruh pengantin speed sikit aci tak?
hewhew

kepada yang mengenali kami dan keluarga serta bakal penganti,
diharap dapat hadir untuk memeriahkan majlis

insyaAllah, kami mahu menyediakan yang terbaik buat tetamu dengan makanan yang akan dimasak sendiri oleh chef kelahiran Allahyarham haji Elham..

marilah, rasa masakan keluarga kami,
kalau ikut lidah aku nih, itu la masakan paling enak untuk aku walaupun cume sambal ketuk cili api dengan ikan bilis. hewhew

eh, sambal ketuk tu tiada dalam menu, haha.
yang pasti, kami masak sendiri semua santapan untuk tetamu dan pengantin

semoga Allah memberi kami keringat dan kesihatan yang baik untuk melancarkan majlis
dan semoga majlis ini dirahmati dan diberkati yang maha Esa..

insyaAllah

Al-fatihah buat arwah atuk, semoga dia mendoakan kelancaran majlis kami meski dari jauh.

walaupun tiada di sisi, atuk tetap di hati

oh, untuk adik juge, meski tiada di hari majlis, doakan semuanya lancar ye!




macam aku pulak yang nak nikah,
bile?
insyaAllah ade jodoh, tibe masenye, aku pula..
hihi ^^

Tuesday, November 1, 2011

lindungi emak dan ayah saya

salam.
just one quick entry, sebab aku ade exam tomorrow at 8.30 am.

baru je habis borak dengan mak dekat telefon.
borak punye borak, 
mintak berkat esok nak exam.
mak kata ayah dah buatkan solat hajat dah sejak semalam.
Alhamdulillah.. itu memang ayah aku yang aku sayang!
so, cerita punye cerita
terkeluar la pasal hal pagi tadi..
mak dengan ayah aku nih buka gerai makanan tau.

cuma gerai ok.bukan restoran ke ape ke. 
tak.gerai sahaja.
macam ni cerita dia.
mak kata, sampai je kedai tadi, tengok tengok tong gas hilang. penuh lagi tuh
tengok duit syiling yang mak tinggal pun lesap.

e. manusia nih.apesal dengki sangat. 
gerai jek kot. yang kau takut sangat apesal?

lepas tu, takpe lagi.
dah masak siap siap semua,
sorang customer ni, abang ecam ambil la pinggan, tibe tibe ade ulat dekat pinggan tu.
hey!what the heck!
lepas tu, masa ayah aku nak buat air, dekat cawan tu ade tahi cicak, padahal cawan tu telangkup kot. how come cicak boleh uk uk kat situ.
lagi, masa orang tengah duduk duduk semua, 
ada kucing kelabu tu tengah gaduh gaduh bawah kereta.
rumm rummm bunyi dia..
tup tup, kucing tu sampai depan pintu gerai, lepas tu terlepek.
mak aku cakap takde pun luke ape.

pelik kan?

sebenarnye bende bende pelik ni mak dengan ayah aku dah biasa dah.
adat orang berniaga.
ini la sebenarnye.
dulu pernah sakit sampai tak meniaga berbulan bulan.
that is the only income of my family. then tak meniaga berbulan bulan what do u expect?

tak faham la manusia ni. 
suka sangat dengki. 

realistic la sikit, mak aku punya gerai tuh ade 6 biji meja jek.
tak payah nak rebut rebut lah.
tak payah nak dengki dengki.

ughhhh!

tak apa. Allah tu Maha Mengetahui.
mungkin itu ujian.
redha kan aje.

tapi,
aku mintak sangat sangat Allah bagi perlindungan dekat mak ayah aku.
semoga mak dengan ayah aku sihat sentiasa, terlindung dari gangguan jin dan syaitan, ape ape malapetaka pun la..

amin....

i love both of them a lot!!