Tuesday, November 8, 2011

menjelang hari bahagia

salam

20 november 2011 tinggal 12 hari sahaja
persiapan tu boleh kata ok la jugak

masih ada lagi yang tak selesai

baju nikah nak kene alter
door gift punya bag masih ade lagi nak kene buat
kanopi tinggal tunggu hari nak pasang
lembu tengah dijaga kesihatannya
ayam tengah kiok kiok urut leher
barang barang masak belum beli
kek tengah tunggu oven panas
mak andam dah tulis dalam planner 20hb kene datang rumah kami
hantaran ada lagi belum ambil
kerepek belum siap bungkus

emak ke hulu hilir beli itu ini
cik ni ke hulu hilir nak masak acar bagai
cik na ke hulu hilir nak menjahit
cik non ke hulu hilir menjahit juga
atuk dah tak tentu arah tengok anak anaknya semua sibuk kalah wedding planner

si pengantin?
dupdapdupdap
si lelaki tengah hafal lafaz, agaknya sampai termimpi mimpi
si perempuan tengah menyesuaikan diri mental dan fizikal dengan tanggungjawab baru, seorang isteri.

aku?
si pengapit, ehem, praktis la sikit. haha
mau tak berdebar nyah, aku tak reti jalan perlahan
agak agak kalau suruh pengantin speed sikit aci tak?
hewhew

kepada yang mengenali kami dan keluarga serta bakal penganti,
diharap dapat hadir untuk memeriahkan majlis

insyaAllah, kami mahu menyediakan yang terbaik buat tetamu dengan makanan yang akan dimasak sendiri oleh chef kelahiran Allahyarham haji Elham..

marilah, rasa masakan keluarga kami,
kalau ikut lidah aku nih, itu la masakan paling enak untuk aku walaupun cume sambal ketuk cili api dengan ikan bilis. hewhew

eh, sambal ketuk tu tiada dalam menu, haha.
yang pasti, kami masak sendiri semua santapan untuk tetamu dan pengantin

semoga Allah memberi kami keringat dan kesihatan yang baik untuk melancarkan majlis
dan semoga majlis ini dirahmati dan diberkati yang maha Esa..

insyaAllah

Al-fatihah buat arwah atuk, semoga dia mendoakan kelancaran majlis kami meski dari jauh.

walaupun tiada di sisi, atuk tetap di hati

oh, untuk adik juge, meski tiada di hari majlis, doakan semuanya lancar ye!




macam aku pulak yang nak nikah,
bile?
insyaAllah ade jodoh, tibe masenye, aku pula..
hihi ^^

No comments:

Post a Comment