Wednesday, April 27, 2011

apekah?

assalamualaikum.

hari hari bace blog orang, and guess what.
it is love that dominates all that i've read.

daripada pandangan mata kasar aku, yelah, tak pakai cermin mata, kasar la sikit, setakat yang aku baca, is either "aku sayang kau bagai nak gila" atau "kenapa aku tak harus bercinta".wa. ape tu?haha

petang tadi aku bace dua entri dari dua blog.maksudnye 1entri 1blog la. ah, tu pun nak taip. *jari sigh.
dua dua entri cerita pasal jenis jenis percintaan. yang sebenarnya baru aku tau cinta pun ade jenis.

emm. nak cakap ape pasal jenis jenis cinta? entahlah. dan kenapa jari terus menaip. entahlah.
tapi yang sebenarnya aku nak cakap, dari semua entri yang aku bace dekat blog orang, buat aku takut pasal cinta cintun nih. euww euww.

ok. macam ni.kenapa kita tak harus bercinta:
a guy would say,

kenapa nak bercinta.nanti tak bebas.kene kongkong.duit kene kikis.leceh.BERDOSA.rimas.serabut.

a girl would say,

kenapa nak bercinta.nanti kecewa.frust.sedih.menonggeng.BERDOSA.duit habis.mak ayah marah.hati tak senang.

(berdosa sepatutnya di tangga pertama ye)

lantas, bila aku terbaca ini, i would think, "ouh, macam mane ni. harus tak bercinta?" memang sah sah dalam islam cinta hanya pada yang berhak, cinta milik yang Satu. kan?tapi aku bercinta, macam mane?

kalau "aku sayang kau bagai nak gila" plak:

jarang lelaki tulis entri macam ni kot, atau mngkin aku tak pernah jumpe.
but, a girl would write something that is euww euww.yelah,  hak manusia. biarkan.aku pun ade tulis jugak kot.hahaha.

ah, sebenarnya aku nak tulis macam ni.entri2 kenapa aku tak harus bercinta selalunya ditulis oleh mereka yang memang tak mahu bercinta, baru putus cinta, dan yang seangkatan dengannya.maka, ketika itu terbit idea mereka untuk tulis entri entri tu. kire macam ni la,

bercinta ni berdosa,buang masa, buat abis duit, belum masenye,tak tentu lagi pun kekal.macam macam lagilah yang sememangnya betul la ape mereka cakap tu.betul.aku tak kate salah.

tapi, things kadang kadang is beyond our control. love can comes anytime. jadi, bile jatuh cinte kan, it seems like kite lupe prinsip kite sendiri. love is blind kan.so, macam mane?


ah.ape yang aku nak tulis sebenarnye.lol.

sebenarnya, lepas aku bace blog blog petang tadi, aku jadi takut.lantas hati ni tibe tibe je bersuara tak selari dengan akal.

"hey, aku bercinta, tapi kenapa korang bagi semua bad side of bercinta!"

lantas aku terasa nak bidas balik la.tapi takde idea.sebab aku rase semua yang diorang tulis tu semua betul.

aah, betul.benar belaka.

cinta di satu peringkat buat aku rase bahagia, naik satu level, buat sengsara, naek 1level lagi buat aku rase panas hati, naek lagi 1 level, hey jantan durjana betol!

cinta di awal nye, "waaaaaa. langit cerah bersama pelangi petang" yes, everyhing looks beautiful. kentut pun bau wangi.

cinta di pertengahan, macam peralihan angin monsun, sekejap panas, sekejap sejuk. it seems to be that perangai masing masing mule terserlah. yang pijak kepala, yang lepas tangan, yang kaki kikis, yang setia tak ingat dunia, yang mengongkong seteruknya boley kata 50% da dikenal pasti.

cinta di akhirnya sama ada tsunami melanda menenggelamkan segalanya atau pelangi terbit setiap hari memancar warna warna indah. nah kau. ceria tak hengat.

jadi, cinta tak menjamin ape ape sehingga lah tangan laki kau tu dihentak dek tok imam kate "SAH!" maka cinta itu barulah dijamin sirim, direstui keluarga, dan diberkati yang maha Esa.

maka, itu yang aku takutkan ketika ini.aku tak ade jaminan ape ape. janji? semua orang boleh buat janji. budak kecik 5tahun pun boleh cakap, "kak lin, kite janji kite sayang kaklin sampai kite besar". aah, ko da besar nanti ko tak sayang akak dah. akak dah tua. lol.

tambahan pula, keadaan sekarang bukan la macam dulu. aku mungkin di pertengahan cinta. yelah. masing masing sibuk. faham faham sendiri.kejap panas kejap sejuk. so what? aku taknak tsunami. sape nak oi.

tapi, yelah. jauh lagi jalannya. macam macam boleh jadi.

kepada yang bercinta, aku rase, sudah tibe masenye untuk kite tahu perkataan ni, "SILA FAHAM".
ye, memahami. ade jodoh ade la. tak ade jodoh, mungkin ade yang lebih baik. kepada kaum sejenis aku, mungkin dah tiba la mase kite kene ubah persepsi lelaki yang kite ni tak mengongkong. try la untuk tak selalu mengganggu masa mereka. nanti kite juga yang disalahkan. lol. cube lah ye. nanti kawen pun depan mate jugak.
kepada yang tak sejenis dengan aku pulak, mungkin dah tibe masenye untuk korang pun faham kami. entahlah, cube la. ataupun, the best way is, kalau korang dah tak suke tu,cakap jek la! tak payah simpan dah. kire macam kalau korang bangun pagi satu hari tu kan, tapi korang tak teringat pun dekat so-called awek ni, jangan tunggu lagi dah, amek telefon, "hey saye tak suke awak lagi dah. so get lost"

and puh-lis, gentlemen la, berani buat berani tanggung. cakap depan depan la kalau nak reject pun. ape barang pakai mesej jek. ouh! coward! sadis la engkau jadi jantan tapi penakut.

untuk aku sendiri, aku pun cubelah.kalau ade jodoh, adelah. hey, bercinta tak semestinya hari hari kene jumpe. bercinta tak semestinya sebelum tido kene dengar suare. bercinta tak semestinya hari hari kene cakap i luv u u luv me. bercinta tak semestinya perlu keluar duit tak ingat dunia. hey, aku cubelah ni untuk jadi yang terbaik.aku cubelah untuk jadi memahami. aku cubelah untuk tak langgar peraturan manusia. aku cubelah untuk faham batas batas perempuan sepatutnya. aku cuba lah, dan aku harap hasilnya memberangsangkan.

dan, apekah entri aku ini. ye, entri ni menggambarkan hati aku tak selari dengan otak. apekah. ye, kerana memang aku sedang dipengaruhi emosi tika ini. APEKAH?

Friday, April 22, 2011

my little brother. the one and only

assalamualaikum.
it's almost 2am, and i'm yet not sleeping. lol.
facebook kan ade news feed, ah semua orang tau.
so, suddenly, i went through 1 post made by my one and only little brother.
went through ke? awat macam pelik. ke pass through. ke watch jek.mengada nak cakap english plak
sebenarnya nak cakap ternampak jek. ha! i seen 1 post made by my lil brother.

ah, i sooooo miss u la adik! thank god kau tak tau akak ade blog. kihkih.
it's about a performance made by the UPNMian, am i make it sounds weird? haha.
yes, my little brother, the one and only in my family, is among the UPNMian. and i am truly really giler proud of that!hahahaa


this is the video

i am awake now just to make and entry on this thing.hahaha.
i don't know whether my adik is in this video or not, but i believe all UPNMian have the ability to do that.
so, adikku sayang, kakak kau sangat bangga dengan kau nih!

i went through all my picture folder, all the picture in my adik punye facebook, just to find one picture of him in uniform. ade, his friend just tagged him in one of the photo, but then, kakak tak boley nak download la adik.
the truth is, omg, he's so handsome! how come adik aku yang gemuk montel manje dan gedik dulu itu kini grown up being a young,tall and handsome man ha!

ah, kakak dia suda giler memuji adik sendiri. hoi, jangan kau tolong adik kau angkat bakul.
takpe, sekali sekala.
yes,i am really proud of my little brother. through the hardship he's facing now, i really hope that he will grow up being an honorable man thus makes my family proud of him.

betulllll.


we all love u adik!!!!! stand tall and proud k!tapi jangan riak. i know u'll never be. :)
i know my little brother too much!
my little brother, the one and only.

-saranghae-

Wednesday, April 20, 2011

here comes holiday!!!

assalamualaikum!


yea!holiday!bestnye!!!!sukenye!!!semangatnya!!!!bestnya!!!
can't u see? how holiday's affecting me!
yuhuuu!
though it's only for two weeks.
2 WEEKS!
but, it's still holiday! yea!!


hari ni hari pertama di rumah.malam tadi sampai dalam pukul 7lebih. best giler!
still nak cakap best! walaupun dah lebih 24jam ada dekat rumah.haahaha


1st day, dah pening pasal proposal untuk final year project.
tapi takde la pening sangat pun sebab dikelilingi aura aura rumah yang sangat membahagiakan.
wahhhh. beshhhhhhhh


this 2nd of may, dah mula praktikal.
harapnya semuanya ok. staf kat situ mudah mudahan dapat la teima aku, boleh bagi tunjuk ajar and yang penting best!!!!
bile seronok, baru la berkat buat kerja, baru ilmu senang masuk, tak ke gitu?


hmm. heh!hari ni kan, dah ade aim untuk semester depan.
gile advance kot.hahaha.
i would like to have a shirt that is loose enough, tak panjang sangat tak pendek. tak fit sangat tak la geloboh sangat, yang penting selesa! nak kene kumpul duit nih! uh. somehow, bile kemas baju dekat rumah, tibe tibe, "bapak kecik tak best baju engkau. baju jenis ape tah mengecik gitu rupe.ke aku yang membesar"
lol. bese la tu. alasan nak baju baru.hoho.
tapi seriusly, i would like to change to a better outfit.
seriously! bukan nak kate tetibe nak jadi budak baik ke hape ke.takkkk aih!aku memang dah baik dah.lol.tak tau?haha
bukan, kan sekarang aku rajin pakai shawl. lepas tu, jenis plak shawl tu macam em yela, macam macam pesen.kadang kadang.ish. susah nak menerangkannya. ape pun, aku akan berusehe mencari baju yang aku nak tuh! ari tu jumpe dah masa jalan dengan khai.. baju tu nice sangat!! tapi nice macam mane pun, duit kering, tak gune jugak.


nak bajuuuu jek.


sepak kang. huh.tapi ritu adik aku la, masa aku pakai tshirt dengan cardigan kot, tshirt tu ade tulis wild and fresh. pas tu dia tengah baring, dengan tiba tiba tak semena mena dia tanya,


"baju ape ko pakai tu kak. wak dol?"
huh. wild dia kate wakdol. ceit. see. rase rasenye dia tanye tu seriusly dia nak tanye wakdol ke baju aku.haha.


tapi, aku rase aku memang suke kalau adik aku komen, tulus ikhlas. aku tak de rase kecik hati pun.suke ade la, maksudnya, dia amik berat la pasal kakak dia ni. the only sister kot.haha.aku terajang ko kang kalau ko tak syg.hoho.


eh, ape kejadah cite holiday masuk pasal baju pulak.


lol. hmm. takpe. aku tertunggu tunggu jugak ni nak praktikal nih. ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku.
seram bile fikir. ni kire macam pre sebelum nak keje la nih.


along pun da praktikal. dekat jabatan perbendeharaan. huhu. seronok betul dia duduk rumah sewa masak sendiri. hahahaha. ok, boley la nanti masak kat rumah yek, tolong isteri.haaha.


adik pulak, tengah nak exam. exam sebulan, cuti 4hari.lol.kesiannya adik aku.takpela.tabah lah kau di sana ye.


ape ape pun, aku nak nikmati hari cuti ku yang berjumlah 2minggu ni!!!!!
yihhaaaa!!!






yea, azam cuti kali ni juge adelah untuk membawa adik ke tempat di atas. wetworld batu pahat. dah lame dah dia request nak pegi sini semata mata untuk belajar berenang, walaupun tempat ni cume macam longkang di belakang rumah. lol. hihi.


adios!

Saturday, April 16, 2011

we got married.


assalamualaikum.

tadi aku tengok we got married. last episode.hukhuk.sedihnya.sebab kene berpisah.ish ish ish. sedih tak masal. tapi sedih lah. eh sukati la nak sedih ke suka ke.

couple ni best la, yonghwa CNBlue dgn Seohyun SNSD. best. sebab, nampak real la. ala, semua pun nampak real. haha. tapi, yela, yang diorang ni, macam betul betul sifat orang bercinta dalam realiti la. ada suka ada duka, tak semestinya semua elokkkkkkkkkkkk jek.

siap google gambar. tak boley bla. :P


couple sweet :') ni masa wedding photoshoot.amek kau, siap gambar kawin

yang ni macam masa mula mula diorang pegang tangan.nak pegang tangan pun rasa segan segan segan sangat.lawakla.tak semestinya diorang ni bukan islam, diorang suka suka jek pegang tangan.tak.diorang pun tau adab.entah entah lagi bagus dari kita. memang diorang ni amik masa lame jugak la nak pegang tangan.pas tu pelik sangat, sebab diorang tak biasa, cara pegang tangan pun pelik.hihi.

lepas tu diorang dapat task untuk buat lagu couple n nyanyi sama, n post dekat utube.waaa.the song is really nice!

eh, yang ni, seohyun merajuk sebab skaf yang lilit leher tu, yang dia kait sendiri tu, dia bagi kat yong tu, hilang. lol. kesian sangat. see. there's up and down in love. in fact, in life. :')

and finally this couple reached their end.

i was like, ya Allah, sedihnya. sedih! aku tak suka pisah pisah ni. aku tak suka betul. i know how it feels.gila sedih. ada 1part tu, masa yong hantar seohyun ni balik. masa last episode diorang ni la, dalam kereta, dua dua senyap. it's not like they refused to talk or tak suka, or dah hate each other. bukan. it's just that, the feeling was like. undescribable. perasaan tak best sangat sampai tak nak cakap dah.i've gone through this. kan along kan. i was like senyap jek the time along nak hantar balik. bukan tak nak cakap, cuma, uwaaaaaaaaaaaaa, apesal da nak balik. uwaaaaa. tak nak balik. uwaaaaa. taknak taknak.

eh, mengada kau. bagi kaki mau?

tapi ape pun, bila aku tengok couple ni, it reminds me of along. bukan la nak kata we're exactly like them.bukannnn.jauh kot beza. jauhhh. cuma, yela, perasaannya tu macam pernah rasa. macam pernah lalu. macam bila balik rumah tu, kan lalu jalan yang sama, macam tu la. bila makan taugeh tu, kan pahit dia sama, makan lagi sekali pun pahit tak boleh lupa. camtulah. 

in love, there will always be ups and downs. :) just bear with it.

after all, masa kenal along, memang aku tengah hangat tengok couple nih. ada la significant nya sikit.

:') hmm. daaaa

Tuesday, April 12, 2011

rindu itu adalah anugerah dari Allah

assalamualaikum.

2109. 12 April 2011.
aku rindu.rindulah.rindu macam macam.
rindu tu anugerah Allah.
tak percaya? nanti.

ok, dulu mase aku sekolah rendah, aku aktif jugak la dengan nasyid. nasyid sane sini. aku ade team nasyid mase sekolah rendah. ape tah name. tak ingat. tapi aku bukan ketua la. pernah sekali tu, ketua nasyid aku demam, suara tak keluar. the problem is, team aku kene join satu competition. we were really desperate at that time. and guess what, i had been chosen to replace the lead singer for that day. gosh!

nak tau ape jadi?

di hari kejadian, aku dengan nervous tahap dewata lapan, jantung da macam nak tekeluar, meneruskan niat naik pentas. first line was ok. masuk chorus, "grrgrgrgrgrgrgrgr" (bunyi menggigil) suara gigilan gempa keluar dari mulut aku. i was like, nak lari!!!!!!!!!!! lawak giler!but still, i managed to finish the song.hahaha

but then, it was a great experience. selain nasyid, aku ada juga berjinak jinak dengan tilawah al-quran. ala, lawan dengan budak budak sebaya jek lah. tak pernahnya dapat nombor 1. asyik nombor dua jek. lol. tapi, the champion deserved that victory. yela! kalau nak banding dengan aku, dia punya taranum, mak ai, terngangaaaaaaaaa.

but, then, that was before. masa aku masih dekat sekolah rendah. masuk sekolah menengah, everything was like terkubur. nak buat macam mana.hihi.

back to the topic, RINDU.

rindu digabung dengan nostalgia nasyid aku, aku teringat satu lagu nasyid tu. rindu by hijjaz. 

trust me, it's serene to hear this.soothing.

huh, tau tak mahu dengar. cuba bagi lagu justin bieber, laju je kau tekan.huh.

never mind. :)

it's just that, malam ni rasa rindu pulak.
rindu mak, ayah.rindu adik. rindu along. :( along can't be reached at this moment. he's away for a camp. rindukan kebahagiaan dan kedamaian sama la macam rindukan manusia manusia yang aku sebut tu.

i miss 'em!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! a lot!!!!!

dan yang penting,

" dan seluruh umat itu, merindukan cahaya yang menyinari kehidupan, rindu kepada tuhan, rindu kepada tuhan"

Allahuakbar. terima kasih kerana memberi aku rindu, anugerah yang tidak ternilai. Alhamdulillah.. :)

Sunday, April 10, 2011

salah siapa?

now listening to just the way you are by bruno mars

assalamualaikum.

masa dengar lagu bruno mars ni kan, aku terdengar jugak la radio. tipu. haha. aku teringat aku pernah dengar radio sebelum ni, masa dalam kereta dengan mak ayah. mase tu ade la caller tu kol, caller tu lelaki. haha. suara macho abih aih. haaa. kenapa dia call? dia mengadu la, dia kata, awek dia merangkap gadis pujaan hati, kawan perempuan istimewa gamaknya tu, merajuk marah panas hati dengan dia sebab dia takda masa langsung untuk perempuan tu. busy betul nih dia kata. katanya lagi, dia busy bukan pasal apa, tapi sebab dia tengah berusaha kumpul duit untuk majlis pertunangan diorang the next month dia call tadi tu lah. gitu gamaknya. mungkin perempuan tu tak sedar yang dia demand tinggi sangat untuk hantaran pertunangan, mungkin dia secara indirectly mintak kat lelaki tu,

"u, untuk majlis kite nanti, u prepare hantaran best best tau. blackberry ke, iphone ke, ipad ke, kunci kereta ke, kunci rumah ke, coklat na ferrero rocher (tu je yang aku tau paling up). bukan ape u, nanti masa majlis tu, mak i dah jemput ramai tau datang"

mungkinla begitu gamaknya. sebabtu lelaki tu bekerja bagai nak gila mencari duit punya pasal. padahal tunang je kot. alamak ai. tapi tula, lelaki tu memang keje kuat lah sehingga dia terlupa pada bakal tunang dia.

hmm. highlightnya di situ lah. TERLUPA. atau mungkin sengaja lupa? atau buat buat lupa? eh, sama. tak tau la. tak tau salah siapa. lelaki yang tak faham atau perempuan yang mengada ngada. ala. mestila orang lelaki nak menangkan lelaki dan perempuan nak menangkan perempuan kan.

mengikut pengalaman aku la, aku pernah jadi dua dua jenis perempuan yang sepatutnya. maksud aku dekat sini,
1) perempuan yang megada ngada 24jam nak mesej nak kol. eh, gedik betol
2) perempuan yang memang tunggu tunggu tunggu la dia contact even da hampir 2minggu tak contact. ha. amacam?

so, seiring dengan peningkatan umur tu, da macam macam pengajaran aku dapat. yela, apa yang aku buat tu semata mata dengan harapan dia akan bersama kita sampai la kahwin, maksudnya biar bercinta sampai syurga lah kan. tapi, nak tau apa jadi?

masa aku mula mula yang gedik tu kan, encik tu marah habisla kate tak faham la ape la.
ok, fine, kite tuka. tak kesah. i boley jek. so, aku pun tuka la jadi penunggu setia. macam bangang jek weh. haha. rase bodoh gak pun ada. tak berbaloi betol. ko jadi la faham macam mana pun, in the end, dia cakap macam ni pulak, "awak ni tak sayang saya agaknya". dan dalam masa kau tunggu dia tu, dia da cari lain pon.LOL.gila. so, salah siapa?

sebagai manusia, pengalaman tu mematangkan kita. kita belajar daripada benda yang kita dah lalu. memang sepatutnya kita kena faham antara satu sama lain. memang memang. tapi tu lah. benda yang kita rancang tak selalunya jadi. tuhan yang tentukan. doa la banyak banyak. 5waktu sehari tambah solat sunat, la, apa lagi, guna sebaiknya. doa doa. tak guna duit pun sayang. insyaAllah kalau dia jodoh kita, tak lari ke mana.

hmm. sebenarnya, aku call along tadi, lol, engaged. engaged. hati dah panas. erk. hahaha. tengok. tak baik tau. dah terpasang niat dah nak off phone jugak lah.lol. tak baik tak baik. dalam hati ni dah doa banyak banyak dah, jangan la jadi benda macam dulu. bukan apa, aku trauma. dulu dah penah lalui, memang teruk. trauma. parah kau tau. sebab tu aku ni emo sekarang. tu la dia. mintak maaf yek along.ngeee.hmm.

Alhamdulillah, along baru je lepas call. dia called, aku angkat. "ehem hello" aku bagi suara macho sikit. pas tu along cakap, "ina, ina kol ke tadi?" aku jawab "eh, takdelah". "ha, tipu. ni ade mesej ni" along kata.
kihkih. tu la, jangan prasangka, tuhan marah. along pergi rengit beli kerepek. kat rengit tu tempat orang asli, coverage takde. hahahahhaa.

tu la dia. memahami tu kunci dia. percaya antara satu sama lain. tapi tu lah, aku ni susah sikit. da pernah terkena. susah. tapi, kita cuba lah. aku ada beli majalah hari tu. kebetulan pulak fokus majalah tu "hubungan jarak jauh". bila kira kira, aku dengan along, memang jarak jauh. bila dekat pun rasa macam jauh, sebab aku bukan boleh suka suka keluar. nasib baik along faham. Alhamdulillah. mintak dipermudahkan la jalan kami. eh, pasal majalah tu, Dara edisi bulan April. ada 5perkara penting dalam bercinta:

1- sayangi si dia dengan hati bukan dengan perasaan
2- hormati pendiriannya
3- menerima si dia seadanya
4- elak bersangka buruk
5- hargai pengorbanan

betol! jadi, cubalah. cuba. usaha dan tawakal. kita mampu merancang, tuhan yang menentukan. apa apa pun, kalau bercinta, telus dan tulus lah. maksud aku, kalau ada apa apa, discuss. jangan sorok sorok. bincang elok elok. bila rasa macam diri tu akan busy sebusynya, ha, bagitau. for at least, in one day, make sure la tanya dia makan ke tak sehat ke tak. 3 4 mesej would be fine. sebelum tido tu kan, anta la 1 mesej, ok dah tu. kalau aku lega dah. tapi benda ni semua aku punya pengalaman punya perasaan punya cara. mungkin lain orang lain cara kan.

apa apa pun, ya Allah, aku pohon yang terbaik dariMu.amin. :)

Tuesday, April 5, 2011

atuk dan sinetron

assalamualaikum.

aku sekarang dekat rumah, memandangkan gap exam aku sangat la besar. 12hari kau. seronok!adik pon balik jumaat lepas, tapi sampai ahad jek. ahad tu aku pegi anta adik balik upnm dekat sungai besi.

hari ni hari selasa. ahad lepas ABP iaitu anugerah bintang popular. malas nak cerita. biase jek. dapat anugerah ke tak dapat ke, bukan aku yang dapat hadiah pun. kan kan. hee.

jadi, hari ni hari selasa, dua kali da cakap nih. ciknana datang bawak atuk. atuk aku kan tinggal sorang je dekat rumah sejak atuk laki dah takde. jadi, ciknana datang sini bawak atuk, dia pun pegi sekolah. ciknana tu kaunselor. nanti petang dia kate datang amek atuk, tapi, ala, biar je lah atuk tido sini.

so, sekarang ni pukul 2. tinggal aku dengan atuk kat rumah. aku kene stadi, maklum la, nak jadi pelajar contoh gamaknya, kene rajin stadi ye kawan kawan, nanti boley berpoya poya kalau da abes bace. tak ke contoh yang baek tuh. haha.

sementara stadi nih, sempat pulak aku update blog, sempat makan dengan atuk, sempat fb. tak ke contoh yang baek namenye tu. multitasking nyahhhhhh. haaaaa. betol tak? kepale otak ang.

korang tau, atuk aku ni memang minat tengok tv lebih lebih lagi sinetron nih. selain tu, dia memang suke tengok karya karya yusof haslam. uih. dia hapal semua tau. sama la dengan arwah atuk aku. dah memang duduk rumah tu tinggal sorang, memang keje hadap tv je la atuk aku.

tadi lepas berita 1setengah, kan iklan lame kan, aku tuka la nak tengok icip icip kat AFC, perot lapar plak kan. hahaha. ps tu, atuk bersuara,

"cuba ko tuka tv 3 tu. atuk selalu tengok cerita tuh"

na, tu dia. sinetron sudah sampai. "sejuta cinta marshanda".hihihi. kau taye jekla atuk aku ni sape, yang ni sape, yang ni macam mana, dia boleh bagitau semua tau. ha, tabik la atuk aku.


comel tak atuk aku? hihihi

ha, ok la, nak teman atuk aku, nak tanya lagi, baim wong berlakon nih. nak tanya lagi baim wong tu ade yang punye tak. mana tau atuk aku tau pulak kan. hahahhaha

sedap jugak kalau potong nenas atuk aku bawak tadi. cicah garam fuh!meletop kau!

adios