Wednesday, April 27, 2011

apekah?

assalamualaikum.

hari hari bace blog orang, and guess what.
it is love that dominates all that i've read.

daripada pandangan mata kasar aku, yelah, tak pakai cermin mata, kasar la sikit, setakat yang aku baca, is either "aku sayang kau bagai nak gila" atau "kenapa aku tak harus bercinta".wa. ape tu?haha

petang tadi aku bace dua entri dari dua blog.maksudnye 1entri 1blog la. ah, tu pun nak taip. *jari sigh.
dua dua entri cerita pasal jenis jenis percintaan. yang sebenarnya baru aku tau cinta pun ade jenis.

emm. nak cakap ape pasal jenis jenis cinta? entahlah. dan kenapa jari terus menaip. entahlah.
tapi yang sebenarnya aku nak cakap, dari semua entri yang aku bace dekat blog orang, buat aku takut pasal cinta cintun nih. euww euww.

ok. macam ni.kenapa kita tak harus bercinta:
a guy would say,

kenapa nak bercinta.nanti tak bebas.kene kongkong.duit kene kikis.leceh.BERDOSA.rimas.serabut.

a girl would say,

kenapa nak bercinta.nanti kecewa.frust.sedih.menonggeng.BERDOSA.duit habis.mak ayah marah.hati tak senang.

(berdosa sepatutnya di tangga pertama ye)

lantas, bila aku terbaca ini, i would think, "ouh, macam mane ni. harus tak bercinta?" memang sah sah dalam islam cinta hanya pada yang berhak, cinta milik yang Satu. kan?tapi aku bercinta, macam mane?

kalau "aku sayang kau bagai nak gila" plak:

jarang lelaki tulis entri macam ni kot, atau mngkin aku tak pernah jumpe.
but, a girl would write something that is euww euww.yelah,  hak manusia. biarkan.aku pun ade tulis jugak kot.hahaha.

ah, sebenarnya aku nak tulis macam ni.entri2 kenapa aku tak harus bercinta selalunya ditulis oleh mereka yang memang tak mahu bercinta, baru putus cinta, dan yang seangkatan dengannya.maka, ketika itu terbit idea mereka untuk tulis entri entri tu. kire macam ni la,

bercinta ni berdosa,buang masa, buat abis duit, belum masenye,tak tentu lagi pun kekal.macam macam lagilah yang sememangnya betul la ape mereka cakap tu.betul.aku tak kate salah.

tapi, things kadang kadang is beyond our control. love can comes anytime. jadi, bile jatuh cinte kan, it seems like kite lupe prinsip kite sendiri. love is blind kan.so, macam mane?


ah.ape yang aku nak tulis sebenarnye.lol.

sebenarnya, lepas aku bace blog blog petang tadi, aku jadi takut.lantas hati ni tibe tibe je bersuara tak selari dengan akal.

"hey, aku bercinta, tapi kenapa korang bagi semua bad side of bercinta!"

lantas aku terasa nak bidas balik la.tapi takde idea.sebab aku rase semua yang diorang tulis tu semua betul.

aah, betul.benar belaka.

cinta di satu peringkat buat aku rase bahagia, naik satu level, buat sengsara, naek 1level lagi buat aku rase panas hati, naek lagi 1 level, hey jantan durjana betol!

cinta di awal nye, "waaaaaa. langit cerah bersama pelangi petang" yes, everyhing looks beautiful. kentut pun bau wangi.

cinta di pertengahan, macam peralihan angin monsun, sekejap panas, sekejap sejuk. it seems to be that perangai masing masing mule terserlah. yang pijak kepala, yang lepas tangan, yang kaki kikis, yang setia tak ingat dunia, yang mengongkong seteruknya boley kata 50% da dikenal pasti.

cinta di akhirnya sama ada tsunami melanda menenggelamkan segalanya atau pelangi terbit setiap hari memancar warna warna indah. nah kau. ceria tak hengat.

jadi, cinta tak menjamin ape ape sehingga lah tangan laki kau tu dihentak dek tok imam kate "SAH!" maka cinta itu barulah dijamin sirim, direstui keluarga, dan diberkati yang maha Esa.

maka, itu yang aku takutkan ketika ini.aku tak ade jaminan ape ape. janji? semua orang boleh buat janji. budak kecik 5tahun pun boleh cakap, "kak lin, kite janji kite sayang kaklin sampai kite besar". aah, ko da besar nanti ko tak sayang akak dah. akak dah tua. lol.

tambahan pula, keadaan sekarang bukan la macam dulu. aku mungkin di pertengahan cinta. yelah. masing masing sibuk. faham faham sendiri.kejap panas kejap sejuk. so what? aku taknak tsunami. sape nak oi.

tapi, yelah. jauh lagi jalannya. macam macam boleh jadi.

kepada yang bercinta, aku rase, sudah tibe masenye untuk kite tahu perkataan ni, "SILA FAHAM".
ye, memahami. ade jodoh ade la. tak ade jodoh, mungkin ade yang lebih baik. kepada kaum sejenis aku, mungkin dah tiba la mase kite kene ubah persepsi lelaki yang kite ni tak mengongkong. try la untuk tak selalu mengganggu masa mereka. nanti kite juga yang disalahkan. lol. cube lah ye. nanti kawen pun depan mate jugak.
kepada yang tak sejenis dengan aku pulak, mungkin dah tibe masenye untuk korang pun faham kami. entahlah, cube la. ataupun, the best way is, kalau korang dah tak suke tu,cakap jek la! tak payah simpan dah. kire macam kalau korang bangun pagi satu hari tu kan, tapi korang tak teringat pun dekat so-called awek ni, jangan tunggu lagi dah, amek telefon, "hey saye tak suke awak lagi dah. so get lost"

and puh-lis, gentlemen la, berani buat berani tanggung. cakap depan depan la kalau nak reject pun. ape barang pakai mesej jek. ouh! coward! sadis la engkau jadi jantan tapi penakut.

untuk aku sendiri, aku pun cubelah.kalau ade jodoh, adelah. hey, bercinta tak semestinya hari hari kene jumpe. bercinta tak semestinya sebelum tido kene dengar suare. bercinta tak semestinya hari hari kene cakap i luv u u luv me. bercinta tak semestinya perlu keluar duit tak ingat dunia. hey, aku cubelah ni untuk jadi yang terbaik.aku cubelah untuk jadi memahami. aku cubelah untuk tak langgar peraturan manusia. aku cubelah untuk faham batas batas perempuan sepatutnya. aku cuba lah, dan aku harap hasilnya memberangsangkan.

dan, apekah entri aku ini. ye, entri ni menggambarkan hati aku tak selari dengan otak. apekah. ye, kerana memang aku sedang dipengaruhi emosi tika ini. APEKAH?

No comments:

Post a Comment