Tuesday, April 5, 2011

atuk dan sinetron

assalamualaikum.

aku sekarang dekat rumah, memandangkan gap exam aku sangat la besar. 12hari kau. seronok!adik pon balik jumaat lepas, tapi sampai ahad jek. ahad tu aku pegi anta adik balik upnm dekat sungai besi.

hari ni hari selasa. ahad lepas ABP iaitu anugerah bintang popular. malas nak cerita. biase jek. dapat anugerah ke tak dapat ke, bukan aku yang dapat hadiah pun. kan kan. hee.

jadi, hari ni hari selasa, dua kali da cakap nih. ciknana datang bawak atuk. atuk aku kan tinggal sorang je dekat rumah sejak atuk laki dah takde. jadi, ciknana datang sini bawak atuk, dia pun pegi sekolah. ciknana tu kaunselor. nanti petang dia kate datang amek atuk, tapi, ala, biar je lah atuk tido sini.

so, sekarang ni pukul 2. tinggal aku dengan atuk kat rumah. aku kene stadi, maklum la, nak jadi pelajar contoh gamaknya, kene rajin stadi ye kawan kawan, nanti boley berpoya poya kalau da abes bace. tak ke contoh yang baek tuh. haha.

sementara stadi nih, sempat pulak aku update blog, sempat makan dengan atuk, sempat fb. tak ke contoh yang baek namenye tu. multitasking nyahhhhhh. haaaaa. betol tak? kepale otak ang.

korang tau, atuk aku ni memang minat tengok tv lebih lebih lagi sinetron nih. selain tu, dia memang suke tengok karya karya yusof haslam. uih. dia hapal semua tau. sama la dengan arwah atuk aku. dah memang duduk rumah tu tinggal sorang, memang keje hadap tv je la atuk aku.

tadi lepas berita 1setengah, kan iklan lame kan, aku tuka la nak tengok icip icip kat AFC, perot lapar plak kan. hahaha. ps tu, atuk bersuara,

"cuba ko tuka tv 3 tu. atuk selalu tengok cerita tuh"

na, tu dia. sinetron sudah sampai. "sejuta cinta marshanda".hihihi. kau taye jekla atuk aku ni sape, yang ni sape, yang ni macam mana, dia boleh bagitau semua tau. ha, tabik la atuk aku.


comel tak atuk aku? hihihi

ha, ok la, nak teman atuk aku, nak tanya lagi, baim wong berlakon nih. nak tanya lagi baim wong tu ade yang punye tak. mana tau atuk aku tau pulak kan. hahahhaha

sedap jugak kalau potong nenas atuk aku bawak tadi. cicah garam fuh!meletop kau!

adios

No comments:

Post a Comment