Friday, September 16, 2011

say hello to kuantan

and here i am in kuantan.

HELLLLOOOOOOOOO KUANTAN!
ASSALAMUALAIKUM..

malas nak update blog sebab
* sekarang di kuantan, hyper malas
* banyak keje, rekaan semata
* aku punye proposal sv bagi tajuk baru! hiyarhhhhh! 26sept kene submit dah!mane ade mase nak sentuh blog  nih! tapi lagi best tajuk baru tu! Alhamdulillah..
* kelas merata, and i'm walking with my new shoes ok. kelas jauh, jalan penuh liku, kasut gua merintih terhimpit batu batu kerikil. huish

maka aku tak sempat nak update blog!

aku rindu mak, rindu ayah, rindu adik, rindu atuk, rindu amir, rindu rindu rindu lah! ei rindu lah!

nasib kau la blog aku tak rindu kau. adios.

Tuesday, September 6, 2011

dan akhirnya raya tiba

pengumuman raya tahun ni istimewa sikit.

 "ESOK RAYA".

kan? selalunya raya tu lusa, bukan esok. walaupun entry ni masa raya dah masuk hari ke 8, sukati lah kan.

tak mane sempatnya raya raya nak belek internet. tambah pulak umah atuk jauh nun atas bukit, line tenet takdo.

aku memang kalau raya, last day puase tuh dah siap siap sume nak balik kampung mak. bawak la baju, seluar,kain, baju raya, secukup rasa. dan tugas paling penting, family aku kene bawak sekali AYAM. kang orang kampung takdo makanan kang. dah bagi bagi tugas dah sapa nak bawak ape sume tuh, nanti bile sume nak balik, kite kire la semula.ehhhh.adil namenye.jangan tau melantak jek.

 so, malam raya ritu tunggu pengumuman.

raya tahun ni adalah yang pertama tanpa arwah atuk yang tersayang. AL-FATIHAH.
dan masa pengumuman. atuk pempuan aku terus jek menangis. kesiannya.semua orang diam, membawa diri, yang ke bilik, yang pandang tempat lain, yang pandang bawah. aku? peluk atuk aku sebab mase tu duduk sebelah dia. uh. sedih T_T semoga roh atuk ditempatkan di kalangan orang beriman. amin..

ok. lepas tu, terus jek tugas di dapur memanggil.
yang masak rendang, kari, ketupat, sate.
yang pasang langsir, yang kemas uma.
cuma yang kecik dan perasan kecik jek tak buat keje, yang lain semua macam robot.

aku? lepas potong potong bahan dekat dapur, nah! makcik aku letak seperiuk pulut yang dah ditanak dengan santan ni, jom kita palaskan dia!


yang buat palas nih 2 orang jek, nek lenguh lah kaki tangan semua, daun palas tu dah la kecik yang amat. uh!

so, lepas tuh, aku sambung dengan pasang langsir, then tido dalam pukul 1.

and yeay!!!!!!!!! RAYA!

yang lelaki lengkap berbaju melayu dan samping, terus ke masjid.
yang perempuan terkocoh kacah menyiapkan semua benda.

jam 9 pagi, lelaki balik dari masjid, yang perempuan siap berbaju kurung bertudung. cantiknya baju raya kami. hihihi

bermaaf maafan bertangis tangisan di pagi raya.
bergambargambaran. dengan perut tak diisi.
kemudian makan!

ye. itulah dia yang kite kata gene bapa, tangan ikut ayah.

ye.adik pulak gitu
yela, mane penah aku amek gamba tak tayang gigi. pfttt

pliss adik, jangan membesar lagi, akak nampak pendek betul. tsktsk. menggemuk takpe :)

and yes cik nana stop using those anti aging cream. dah rase macam tuanya aku.

and kalau takde gambar mereka nih, sunyi rasenye. the heroes!

sudah semestinya tanpa yang ini juga seperti tak bermakna hidup :)

the most precious!

mesti ade gambar bajet comel dengan budak kecik ni untuk mendapatkan khidmat kecomelannya tertempisa ke muka sendiri. tsktsk.


end of photography session.

lepas makan, kami semua melawat pusara atuk. AL-FATIHAH. lagi.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sebelum semua orang balik, kami ade la juga buat barbeque sikit sikit. ade la ayam 3 ekor, sotong, sate,ball2 semua tuh.





bukan seorang jek yang bakar nih, ni baru starting. hero hero kami turun 5 minit kemudian. ngeee. and the girls can just sit and relax. wahahahaha

keluarga aku di kampung besar. dan raya memang HAPPENING bersama mereka!

sekian.


Friday, August 26, 2011

terusik.


assalamualaikum..

10 malam terakhir ramadhan, hujan saja setiap malam.

malam ni terusik dengan 1 doa yang aku jumpa di blog manis ini.




Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat yang indah yang boleh kami nikmati bersama,
Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama,
Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu,
Aku datang bersujud di hadapan-Mu,
Sucikan hatiku Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya,
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya,
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hatiku,
Gantikan damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah agar aku dapat mengasihinya sebagai sahabat.

Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, Ya Allah..
Tolonglah satukan hati kami,
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerimanya seutuhnya,
Berikanku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerimaku dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah yang Maha Pengasih, dengarlah doaku ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah yang Maha Kekal, aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku.
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang jadi dalam setiap bagian hidupku, Ya Allah..
Amin..

it is always Allah that is protecting us.
may Allah bless us all..
insyaAllah..

Friday, August 19, 2011

favourite #1





cempedak goreng!
terhangat di pasaran!
dapatkannya dari pokok cempedak berhampiran dan goreng lah sendiri!
enak dimakan panas panas ketika berbuka :)


p/s: ni mak aku tak ada. kalau ada, habis kene hempuk time masak amek gambar lah bagai.don't do this at home, nanti hangus, tak sedap.fokus itu penting! pftttttt





Thursday, August 18, 2011

fokus!

perihal perlesenan yang berlaku sejak beberape minggu kebelakangan ini.

1. ceramah done
2. ujian berkomputer done
3. ceramah amali done
4. praktikal done
5. lesen L done
6. 10hours of learning in progress
7. ujian percubaan
8. test jpj

kejadian menghantui yang membuat rase seperti nak hantuk kepala;

1. terhegeh hegeh, lembab
2. accident dengan tiang parking. ngengggggggggggggg. gabra punye pasal sebab lupe step. muke abang singa dah kembang kembang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



3. baru terjadi hari ini. hangat. mengancam. tragedi naik bukit. clutch tak tahan. maka kereta kancil hensem mati beberapa kali atas bukit. muka abang singa berapi api nasib baik dia pakai spek. tak nampak mata dia yang dah merah menyala macam nak telan orang. aku rasa nak nangis..uhukuhuk.tahan tahan. abang singa mula membebel.

" ape nak jadi awak ni! fokus! awak nih bukan semakin pandai!!!hish"

maka saya pun sengih tak tau nak buat apa seraya berkata.

"mintak maaf abang, saya ni lembab banyak..huuuu~"

lepas kene marah, akhirnya kaki mula takut pada penangan abang singa, lalu menurut arahan tuan dia yang dah rase macam nak meleleh lahar dari mata..



kenyataannya:

aku dah fokus.... tsktsk.....fokus..dahhhh....hukhuk.....baru 3 kali pegang stereng, dan baru hari ini mendaki bukit yang secoet itu....

if and ever if aku dah pegang stereng since keluar dari perut emak, mungkin ini semua tidak akan terjadi.

esok nak belajar lagi.

dah 2hari tak boleh tidur lena bila mengenangkan hari esok yang menjelma bersama abang singa yang kembang.

tsk tsk. T_T

Wednesday, August 17, 2011

dalam diamku



Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Kata hatiku

Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari...
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah... lepaskanlah...

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi


ape yang kau rase kini biarpun berteman.................
"meski ku sendiri renungi erti sepi"


salah di mata, kalau tak nampak, salah tafsiran kalau tak dinilai
-trilogi cinta

Tuesday, August 16, 2011

tingkat 13.

kawan aku cakap dekat aku hari ni,

"alin, dia datang balik.nak sambung balik"

which the same thing had happened to me long ago. had.

now and onwards, never.

jadi, yelah. i've been in that situation. the difference is, dulu, aku mentah lagi.

so, i wrote to her, saying that,

"selagi dia tak terjun tingkat 13 untuk kau, jangan terima"

ha, kejam tuuuhh..

this situation aplied to both side ok.

either men or women.

ni pendapat aku sahaja.

bile kite dah dewasa, we should know how to evaluate.

ok, analysis. :

seorang lelaki tinggalkan kekasihnya yang selama hampir 1tahun dia kate sayang, cinta, rindu dan ayat ayat jiwang lain, sebab perempuan lain.confirm sebab perempuan lain.kene confirm ea.dah nampak dengan mata kepala, da istikaharah, confirm la tuh.yg perempuan dah merayu2 tnye ape salah dia, tapi lelaki tu tetap tinggalkan dia..so, tinggallah perempuan tu berendam air mata.
but, in 5months time, suddenly dia datang semula. dengan niat nak sambung balik.

ya Allah berbungenye hati..tuhan saja tahu..orang yang dicintai datang lagi..

stop! fikir dulu. u've been given a big brain, big enough to think.

fikir, kenapa dia datang semula.

sebab menyesal ke? bagus
sebab tibe tibe dia realize dia sayang kite lebih dari yang dulu ke? bagus ke?
sebab dulu dia kene ubat gune gune, sebab tu dia nak kat perempuan tu, so sekarang dia da ok, dia datang kat kite..?
sebab perempuan tu dah tinggalkan dia, so dia bosan, dia cari kita balik ke. NO.

ni la yang takutnye..nanti kalau ade perempuan lain ke, ke perempuan tu nak kat dia balik ke, dia tinggal lagi kau, ha. padan muka. air mata tu jangan nak membazir dah.

ape ape pun, keikhlasan tu penting. bile jadi macam ni, tengokla pada keikhlasan. sebab tu aku cakap macam tu kat kawan aku.
selagi tak terjun tingkat 13, jangan harap.
kalau terjun pun, byebye jek lah. sadaqallahulazim.mati wo.

aku tak niat pun nak lelaki tu buat betul, cume nak tengok ikhlas ke tak.
kite ni dah penat keluar air mate, takkan nak nangis lagi. risiko.
yang paling senang, istikharah.. tu yang paling mudah..
Allah tu ada untuk kite. tu pemberi petunjuk paling dipercayai.

akhir kate, doalah pada Allah SWT.doa diberi petunjuk, dipermudah urusan hidup.
amin..

yang sanggup terjun tu, la, singkat akal betul. hiperbola+metafora je tu.faham faham lah dia dah taknak. jangan buang masa. kalau dah jodoh, tak ke mana.