zaman sekarang ni ramai orang gila nombor kan? macam macam nombor.
pernah tengok orang gila asyik kira jari? ade kan. kan kan.
pernah tengok orang normal pegi kedai beli nombor? ade kan. kan kan.
pernah tengok ade orang kerja dia asyik dengan nombor? banyak kan. orang bank. cikgu matematik, ape lagi matematik tambahan. nombor kan?
lebih kurang la tu gila nombor. tapi. aish! bahaya. jangan pulak cakap kat cikgu gitu. kene penampar jepun kang sia sia.
maksud aku gila nombor tu, bukan la orang tak siuman. cume, obses. obsesi. paham?
minat. kegilaan. ade yang eok, ade yang tak elok. yelah, terpulang kepada individu untuk fikir mane yang halal yang tak halal, yang elok yang tak elok.
cuma, aku rase aku pun macam obses dengan nombor jugak sekarang nih. lebih kurang gila nombor lah.sampai aku rase aku ni dah silap ambil course. patutnya aku amik course yang kaya dengan nombor.betapa la obses nye sampai tersimpang simpang pemikirannya. aduiii.
sebab ape aku jadi camni?
sebab ni ha
SUDOKU.
tau main?pernah main? seronok beb. high sampai tak hingat keliling dah. macam berada di alam sendiri. memang seronok.try r. penjana minda cerdas.ha.aku malas nak cari fakta fakta sudoku nih. MALAS.
aku pun baru jek tau main hari isnin hari tu iaitu 13hb jun 2011. baru berguru dengan kawan aku, terus aku jatuh cinta. terus aku berlari ke kdai buku dan cari cari dekat rak,
"sudoku: penjana minda cerdas: campian"
oleh kerana aku beginner jek, so aku pun beli la buku yang memang tahap beginner tak hingat.
jangan bajet terer baru belajar selangkah dah nak terus beli buku sudoku grand master. kang sia sia tampoi tu nak cari katil lagi nak letak kau.
4hari aku buat beginner punye level, sampai dalam toilet pun aku pikir macam mane nak laju laju buat, jumaat lepas aku pegi lagi kedai buku dan terus beli buku level 2. yihhhaaa!
seronok gila walaupun buku yang aku beli tu untuk orang cina sebab bahasa cina.
eh, takda hal. 1 malaysia kan.
jadi, sekarang, dalam buku ni, ade 125 puzzle untuk diselesaikan. aku baru sampai puzzle ke 27.
JOM MAIN SUDOKU!
nak cara main? ala.malasnya nak taip.google jek la camne nak main. choiiiii. aku malas nak taip.hoh. baek aku main sudoku.
adios!

