Monday, October 24, 2011

sayangku ehem

sayangku casper
buah hati terbaru
walaupun dari buah fikiran manusia lain
^^ hikhik



terima kasih masa.
tak tau bile nak bace.

kisah satu malam

malam tu, kami lapar.
lalu sewa kereta.

sebuah kereta charade aura, 5ringgit sejam menjadi pilihan.
ok. 

lewat 8malam, kami bermula dengan misi mencari makanan sedap dambaan perut.

bumbumbum charade aura bersuara.
ya Allah, sudah serupa apa.
4 gadis di dalam kereta bumbumbum yang perlu ditekan minyak sebelum lepas clutch.
jadila bunyi vruuuuuuuummmm... keras betul...

niat di hati nak pergi jelita.
tak tau la nak niat suci murni tahap mane, dah 2kali pergi, nasib tak baik, jelita tk jelita.
lalu kami ke crocodile rock.
itupun lepas fikir 844 kali coz that place will certainly costs us a lot of money!
itupun lepas consider kami dah 4 tahun di sini, dan tak pernah jejak kaki ke tempat tu,
pejamkan mata dan gosok perut, ok, perut kata yes!

we went there!

natijah kerana terlampau seronok,

minyak kereta habis, 
lantas tersenggut senggut di tengah jalan.

3 dara keluar tolak kereta.
pui pui. kereta berjaya duduk tepi jalan.

lapar.
2dara tunggu meja
2dara menapak beli minyak.. mai mai.. kesian sangat!

minyak dah beli,
nanti nanti la isi.
perut dah berbunyi.
marilah.

 muke exhausted tak hengat kene tolak kereta

 anak dara yang kene menapak beli minyak. i thought diorang dah kene kidnapped by somebody sebab tak pick-up phone.

after all, our dinner went well..
the food were all delicious..
serious tak tipu..
walaupun cume chicken chop saja yang tau nak diorder. lame!haha
saya bukan seperti anda yang biasa dengan western food.
i am more to something that u called "nasi" "sambal" "belacan" "masak lomak" "kari".
thank u. ^^

well, that wonderful dinner came from this place
"crocodile rock"! rock bebeh! :)

walaupun perut manusia kenyang, 
perut charade aura pun minta diisi.

minyak dituang.
start enjin.

creeetttt creeett. 
aduh. tak hidup.

macam mana?
the 2 guys earlier that sat in their car at both sides of the road.
eh, tak mention la pasal diorang. well, that was the most interesting part!

there were 2 guys in their car. one each lah.
we walked to our car, and they were just stared at us unintentionally. 
maybe la.

that was when they came into our story for the night.
they were our savior!!!
hahahahaha.

terima kasih Allah.
seems like the guys were there to help us.
sebabnya,lepas enjin kereta boleh hidup, diorang terus balik.

we thought they were waiting for somebody, but clearly not!

the best thing was, ape yang buat diorang nampak macho sangat sebab, 
they didn't even asked kitorang ni dari mana.
noob.haha

padahal takde reason pun diorang nak tanye.

but, seriously, the guys were very kind,good enough! ^^

a whole new experience that night.
kami balik dengan hati girang despite all the problems.

adios! ^^

Wednesday, October 19, 2011

majlis retro pertama saya

17 november 2011
aku pening kepala hari tu, sebab tak tau nak pakai baju ape.
nak pakai baju ape pun susah ea.
bukan ape, ni first time rasenye sepanjang aku belajar nih ade tema pelik pelik nih.
uiiiii..kesian kan..
aku ade majlis makan makan dengan kroni kroni biomed uia nih. ala, sori,tagline lupe la..teruknye..sori.puahahaha
bagi tema retro pulak. ape hal.
gua ade baju kurung je der.

paling canggih pun gua ade baju nia ha . baju raye tau.


ni pun alang alang jumpe lepas dah tunggang terbalik kan almari, gantung sane gantung sini, pas tu aku dah terbaring, tarik langsir, pas tu aku pun try la bende nih, kalau aku tengok dari mata macam tak cantik, cube tengok dari mata kamera. ok la tuh. ok jom!

jom jom!dah lambat ni. mule pukul 8, besela 8 setangah baru sampai. cis, pantang arwah atuk aku lengah lengah. sori T___T
majlis officially started pukul 9 kau tau. haha.
malam tu memang superb nyahhhh!
kau tengok dressing masing masing. ha... jangan memain..
deco memang cantik r malam tuh. tapi aku tak snap banyak sangat pun.
ada la 1 nih.

tengok gambar nih, baru ingat tagline malam tu,
"nostalgia rindu mengimbau kenangan"
retro tak? huahaha.
bapak rajin ah diorang pegi tampal tampal muka satu satu budak biomed batch kitorang.
salute ah! ramai tau! almost 160 people. tampal satu satu ok.
thanks kawan kawan. :)

so, kitorang duduk dekat meja yang dah disusun susun la. macam bese meja gua fully occupied, cukup cukup 8 orang. muahahahaha. senang keje.
and yang pasti meja aku memang dekat dengan makanan, tapi tetap beratur line paling belakang. "cheese".

tau tak, masa ni perut dah bunyi bunyi. gulp!yasmin tak dengar.hihi

ok,lepas tu azra datang meja kitorang. lama taknampak dia sejak dah lain kelas nih. :)

wani yang selalu buat delivery untuk aku. takde dia, susah jugak aku nak gerak. amasyih... heee

time beratur pun boleh..hihi..

mula mula tiga je, sekarang dah semua! hihihii... memang fun geng aku.. relax, sempoi jek.

sekarang, handset aku pun dah takde kat tangan aku! hahahaha

ok dah dapat semula, tapi tengok daa.. aigooo..hahaha.. tak perasan daa tgh adjust2 rambut..miahahaha

ini pun selalu jugak anta aku ke sana sini..amasyih jugak..:)

kitorang kat luar ni sebenarnya tengah skodeng..puahahahahaha

yes, and that night, i was lucky to get this! very lucky i guess! sebab ape? let's see what's inside!



tara!! a table clock! sangat sesuai since aku memang la hambar dengan masa.. thanks!!!!

i need to get a battery for this!^^




sekian sahaja dari saya. that silver ball is kinda marvellous kan! hihi, suke. dah gantung dekat board.

thanks again for the wonderful night!!

p/s: A untuk Along. ^^

Monday, October 17, 2011

pergi tak akan kembali

pukul 11 lebey malam tadi, dah penat penat tolak kereta,sanggup tahan mata, pegi abeskan mengadap cerita 49days tuh.
49 days. aku tak tau nak bagi adik adik aku bace ke tak. sebab aku macam nak sampaikan pesan arwah atuk aku nih. 
kalau terjadi la tibe tibe aku share mende nih, oh adik adik adik, bace bace bace sampai abes ye! 
walaupun akak korang ni sebenarnya tengah mengarut tak tentu hala.

ok. camni. 49 days tuh, cite korea. dah memang akak ko nih antu cite korea. hadap je la ye. 
cite tu pasal roh orang koma yang tengah cari jalan macam mane nak sedar tau.
dia ade 49 hari untuk cari orang yg betul betul sayang dia. 
dipendekkan cerita, dia sedar lepas 49 hari.
tapi sebenarnya kan, dia sedar untuk cakap selamat tinggal saja dekat orang orang yang dia sayang. 
6hari lepas tu, dia mati. 
huk huk. wa cakap lu, wa nangis sedu sedu.

ingat tak arwah atuk. 
arwah atuk sakit lame kan. lepas tu arwah atuk sihat. siap ajak pegi makan kfc. 
tapi, rupenye, itu la ucapan selamat tinggal atuk untuk kite.
atuk tk pernah tau nak makan dekat fast food, selalu dia suruh bungkus bawak balik jek.
baru la akak faham, sebenarnya Allah tu memang Maha pengasih. 
Dia ambil atuk tapi dengan keadaan yang kite rase arwah atuk sangat bahagia.
memang arwah atuk pergi tenang......sangat....

sebenarnya akak nak pesan dekat korang, 
masa arwah atuk duduk rumah akak, masa akak duduk tepi dia sorang sorang, 
arwah atuk cakap, dia tak dapat tengok kite semua konvo. dia tak dapat tengok kite berjaya. dia tak dapat tengok dah. 
masa tu sebenarnya atuk dah tau dah dia takkan lama kat dunia nih.

arwah atuk pesan dekat akak, tengokkan adik adik semua. 
tengokkan diorang biar belaja betul betul, 
tengokkan diorang solat jangan tinggal,
tengokkan diorang jangan pernah lawan cakap mak ayah,
tengokkan diorang biar membesar jadi kebanggaan mak ayah.

akak tak tipu. memang ini yang arwah atuk pesan.
mase ni cuma akak je yang ade dengan arwah atuk.

akak tau sekarang ni mesti arwah atuk senyum jek tengok korang semua.
semua dah melangkah luas.
akak tau korang struggle sangat belaja nih kan.
akak tau.akak tau orang memang anak yang baik, cucu yang soleh solehah..
Alhamdulillah....

eh korang, lagi satu, jangan lupa ape yang atuk ajar dekat kite. 
MASA. 
jangan main main dengan masa. arwah atuk sangat pantang dengan masa.
jadi orang jangan suke berlengah tau! ingat masa! 

ok. akak tau dah panjang sangat. 
akak jadi sentimental melo2 macam ni sebab cerita malam tadi.hukhuk.
korang bace nih ade lagi!




untuk adik akak. mohd nur, akak doakan ko jadi army officer terbaekkkk terhensem!!!! bertabah la dekat sana ok!

untuk adik akak jugak, mohd ali, akak doakan ko jadi programmer hebat! elok elok berdikari dekat luar tuh..:)
 untuk adik akak jugak, mohd afiq, akak doakan ko jadi quantity surveyer termasyhur! hihi. nak makan sedap bagitau akak ye.

 untuk adik akak jugak, mohd fahmi, selangkah lagi untuk cita cita yang jelas! berusehe tau! :)




untuk kakak saya yang comel, wani, kite doakan wani jadi chef yang masak paling sedap!!!!! jage diri dekat kl ye..

untuk adik akak shahira, akak doakan awak jadi akauntan paling banyak duit!!! tabah tau walaupun susah!

untuk adik akak, yuyun, sekolah betul betul! i luv u! hahahaha

untuk adik akak faiqah, takmo lawan cakap ibu! sekolah pandai pandai ok! :)



ok. ini pesan akak sampaikan bagi pihak arwah atuk! arwah atuk sayang sangat dekat korang!!!!! serius, sayang yang tak berbelah bahagi!
buat yang terbaik untuk arwah atuk ok!

untuk ciknana, i know there are times when u feel it is so hard to endure. i'll be there for u. insyaAllah.
mulakan hidup baru yang menjelang ni dengan bahagia. 
tau mesti nangis punye, 
tapi jangan risau, arwah atuk sentiasa ade dalam hati kite semua.

arwah atuk tengok kite semua senyum saje..insyaAllah.....
jangan lupe sedekah al-fatihah untuk arwah atuk ye adik adik. 
solat jangan tinggal plisssss...

ok da abis dah nihhhh.

HIDUP BAIK BAIK korang.

p/s: apesal aku pesan gaya macam emm. eh, aku sampai pesan arwah atuk sahaja. maaf lambat sampaikan. :)

Tuesday, October 11, 2011

serabut

ok.
mlm tadi tak boleh tidur sebab ihhhhhhhhh!!
susah sangat nak tarik nafas!
penyakit datang balik dah.

kalau stress, ini la jadinya.
haiyak.

belum anak 5 lagi alin oiiiiiii.

seriously, kalau aku stress, aku akan rase sesak nafas, and paling teruk malam tadi la aku rase.

the thing is, i have presentation to be done tomorrow.
and yet, the presentation is somewhat scary, sebab ade Q&A session bagai.
mine will be at 9.30am.

the next day, drug abuse quiz. and guess what, i haven't read even single word in the notes.
gaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

ape nak jadi..
ape nak jadi..............

so tadi aku pegi jumpe supervisor aku, dr.tengku yang baik.ngahagagagaga.
dia ade bagi advice untuk presentation aku, and ade la add info banyak kat slide, reference sume kene tulis, statistik bagai, dengan gambar. ngaaaaaaaaaaaa

lega la jugak dah jumpa dia, as if macam mintak berkat la before nak present esok.

ok,lepas tu balik jalan kaki sorang sorang macam lone ranger.
sampai bilik tunggu jiji kejap nak turun beli makanan,
gatal amik gambar gedik nih.






amik gambar gedik gedik bagi along tengok.hahahaha.lagipun, along jek yang tengok mende alah nih.
tapi bile tenung tenung gambar ni, gedik mak kau!
gedik!haha
muke masalah muke sengal muke gatal muke cengih muke siot sume ade.

takmo sesak nafas lagi!
i'll try manage my stress better lepas nih.
uh, baru sikit punye kerja da stress.
maklumla, aku bukan budak rajin. hahahahahaha

ok, nak amend slide, nak praktis. nak study. nak buat proposal cuci cuci. pening tengok printer takmo sedut dakwat merah! tak cun la takde warne merah.wuwuwuwuw. i want red!
ok.
adios




Sunday, October 9, 2011

yang tersayang sudah kembali

hari tu beria sedih sebab mesin pencetak tersayang masuk demam.
hari ni dah berhari hari hepi sebab mesin pencetak tersayang dah mula berkhidmat dengan cemerlang!
yea!

harap maklum, yang tersayang dekat title bukan along.hihi.
along yang disayang sayang sayang sayang. '______'

aah, mesin pencetak cume ambil mase sehari jek untuk siap.
hari ni anta, esok petang dah boleh ambil.
lega hati.

pegi amik hari tu dengan zizie azie aziah mazlan. nah amek kau.
sebelum amik printer, seksa seksa nak hangkut kotak tu, kitorang pegi cari tenaga, isi lemak dulu.
betulkan printer dekat dengan megamall kuantan, natijahnya, cari tenaga dengan hot n roll, paratha black pepper beef. nyum nyum.

sementara tunggu abang yang masak sambil jeling jeling azie tu siap, kitorang duduk menebeng depan dapur dia.
azie nak hamek gambar cadangnya nak nampak la gambar kat board tuh. 
tak nampak pun ces.

aku rase aku tengah pikir nak mesej yasmin mase nih, tapi tak ter mesej mesej. sibuk duk ejas kepala dengan kamera azie. muahahahaha

tengok betul betul ea beza due orang nih. gua ade cerita baek punye

tengok lagi. time ni nak bercakap ape tah tak nyempat

apa bezanya kami berdua?
tengok situasi ni:
masa dekat hot n roll ni abang masak tuh kan jeling jeling azie, lepas tu dia tanye,
"tak sekolah ke hari ni?"
azie jawab dengan manis, "eh, dah habes sekolah dah"

situasi ke2:
kitorang dah puas ronda mega, so kitorang pegi cari nasi dekat kedai luar, tepi mega jek, so abang yang amek order tu pun buat la keje dia.
lepas tu dia anta air kat kitorang, dan dia pandang aku,dia tanye,
"tak keje ke hari ni?"
aku jawab dengan pahitnye, "ha, tak keje, cuti"

tu la beza dia.. :) hihihihihi.
tak paham jugak tak tau la.

aku pun tengah pening nak cari name daun kesum dengan daun sup nih.
carikan name saintifik mereka, sambil sambil aku telan kuih raya dengan chipsmore nih.


hahahaha.
adios!

Monday, October 3, 2011

sedih

hari ini mesin pencetak saya rosak.
ok.
tak suka. sedih. hukhuk.
dah hantar baiki, entah berapa la ringgit yang kene keluar.
hukhuk.

ok!takpa!mari kita bersemangat semula! 
lagipun, hari ni dah hantar proposal. jadi, kene la happy!

ok. walaupun happy yang bakal disiar nih, dah lame berlalu tapi hapy jugak lah.
buat apa nak dikenang benda sedih, yang gembira gembira tu yang kene ingat!

ok. mula.
minggu lepas, aku dengan azie, yasmin, daa mengidam sesangat nak makan sedap.
maklum la, cafe kat hostel nih, mogok, masak benda sama jek.
jadi perut aku ni tiap tiap hari merintih nak makan sedap.
so, pejam mata, pekak telinga, buat buat macam banyak duit, jom keluar!

mula mula kitorang nak makan dekat tempat ni name dia jelita, tapi tak la jelita pun. 
kitorang nak makan chicken with cheese. ok. tau la aku kampung, tapi aku tau jugak sebut chicken chicken nih. ok. lame.
tapi semangat giler, sampai kat situ jek, la, tutup. sungguh tak jelita..haha

relax lu. santai masih ada.ha....
ha, name tempat makan ni santai. memang superb!! haaaaa. romantik.
tak caya? ade bukti ma.....

~SANTAI~

 perut tengah lapar, muka pun tak ikhlas..hahahhaa.. lame tau tahan lapar...



 ini hasil usaha dengan kotak tisu. sebab semua nak masuk gambar. so, jom!

 ini daa dengan yasmin. kami dah makan. senyum lebar...... kalau perut ni ade muka, mesti dia senyum..:)

 romantik tak kalau tengok gambar nih.suram suram jek kan..:) azie mesej abang yek... :P


itu jek lah dari saya tuan punye gambar.

ok, dah..habis hepi?
 Alhamdulillah...

nak siap siap jumpe fellow. adios!

p/s: terkenang kenang printer yang jauh di mata.. esok kite ambil awak ea..... cepat elok tau.. hukhuk