Sunday, March 27, 2011

eop project presentation

assalamualaikum

(currently listening to you are my everything: soundtract of secret garden.) poyo.

ye! jumaat lepas aku dengan azie, wadi n daa, together gede gedik naik bas yang ditanggung uia tercinta menuju ke gombak.aah, gombak. mase hari isnin sebelumnya tu, budak kelas eop aku yakni english for occupational purposes dengan sesedap hati mereka memvote group aku untuk present proposal kat gombak. at first rasenye competition tu among budak budak kuliyyah science and diorang nak buat kat kuantan jek. tapi last last minute diorang change plan pegi rembat kitorang ke gombak.

sedih tau tak. aku dah la bedebuk bedebak nak exam, pas tu tambah pulak lagi nak kene present menatang tuh. kat tempat asing pulak tuh. walaupun nama dia uia jugak, aku setia ngan kuantan. aku sayang kuantan ni. sedih tetibe orang suruh pegi gombak. bukan compete ngan budak gombak pun. budak kuantan jugak semua. =.='

ok. takpelah. dah lepas pun. kitorang pun naek la bas dengan berat hatinya, dah la kene jalan kaki pegi kuliyya of medicine tu panas terik. banyak betul dugaan. dalam 2setengah lebih lebih kitorang pun gerak.

masa ni ok lagi, bas baru nak gerak.

boleh pulak bas tu sepakat dengan tayar dia takmau belok masuk highway. mak, lagi sedih kau tetibe lalu jalan lama. nak terbalik kepala aku. pening lak ai.uia tak bagi duit ke nak masuk highway tah. sedih giler. hukhuk. tak dapat digambarkan dengan perasaan. nah kau amek kepala aku semalam rase camne peningnya. pening kan kan?

tapi, takpe bersusah susah dulu bersenang senang kemudian . rombongan cik kiah dari kuantan sampai gombak dalam pukul 7lebih la macam tu. best la gombak. tak payah sambut kitorang. buta buta kitorang sampai, nah amek kau kunci pegi tido. ok. takpe. masuk bilik. karpet baik punye. cantik kaki kitorang. dari merah merah suci darah dalam kaki, baik punye terus tak nampak tapak kaki aku. hitam!ok. takpe.
nak baring lah. nah kau. baru nak merebahkan punggung, lawa betul tilam. banyak peta. boleh ajar geografi. buat part time pun best. wa. BEST!

ok. takpe. bersusah susah dulu bersenang senang kemudian. kitorang jamak solat waktu isyak, pas tu pegi makan.  cafe mahallah maryam memang SUPERB. ikhlas dari hati weh. best giler. semua ade. memang terkesima hati aku, yaAllah, bersyukur la kau budak budak maryam. best giler kafe korang.

ni setelah meja dikemas. kalau tak disaster weh

kitorang masing masing bedal chicken chop. hahahha. azie ngan daa siap tambah laksa. tapi serius sedap. kitorang kat kuantan jangan harap nak ada chop chop nih. kau nak makan duduk kat kafe bersuka ria pun pikir 4 kali. best la. serius best. kalau aku duduk gombak, mesti gemuk! kan kan. mase makan ade kak fuji kawan wadi gude kitorang. baik la dia. dia bagi kain batik untuk alas kitorang tido. mekaseh kak fuji!
lepas tu dalam 945 macam tu, farah ajak aku pegi danau! wa best! memang best! pegi jalan jalan. tanpa menghiraukan hari presentation yang bakal berlangsung esoknya. memang matilah kau alin. orang lain dalam bas pun sibuk hafal teks. kau ? =.=' takpa, jalan jalan. bila lagi kan. thanks akak (farah)!!!!! luv u lah!! muah! hihi. kitorang balik rushing rushing dalam 11 setengah. sempat gak la aku rembat selendang ngan inner dia. hahaha.sampai bilik, practice satu round, dalam 10minit, aku malas dah, dan terus mandi, solat gosok baju dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz kroh kroh.

esoknya, dalam pukul 8 kitorang gather untuk ke tempat presentation.

ini sebelum presentation. muka pucat takda darah sebab takut tengok judges bapak seram kalah harimau malaya.

turn presentation aku nombor 4 kot. tak ingat la. bapak seram. sampai terlupa point. hahahahaha.punya la nervous. tak tau judges perasan tak. plus, mungkin aku ter cheerful lebih pegi tanya tanya audience. nasib ada audience backup. thanks groupmate ku azie daa n wadi sebab diorang respons kat soalan aku. hahahaha. ade la dalam 10 group present.
thanks korang! thanks sebab teman, sebab support, sebab menghangatkan tangan, mengurut urut bahu sebelum aku nak present. thanks jugak sebab pandang aku masa aku present. wah!!! thanks a lot girls!!!!!

dan, hasil doa dan sokongan mak ayah atuk ciknana n amir, groupmate ku azie daa dan wadi, dan juga balapan which is yasmin wani khai dan farha, kawan kawan sekelas, sehostel, farah, kak fuji, 

i won second place for the presentation and proposal!!

ye. walaupun tempat kedua, bukan tempat pertama, aku da cukup syukur sebab memang tak sangka sangat. masa diorang announce winner, aku tengah baik punye main mesej. nasib tak terlambung telipon tuh.

thanks a lot to my lecturer bro. mohammad musab azmat ali for his support and guidance!

betol tak aku kata, bersusah susah dulu bersenang senang kemudian. Alhamdulillah. doa mak ayah makbul. anak dia dapat jugak la hadiah. mekaseh mak ayah sebab lahirkan kakak ke dunia. dapat kakak tngok macam macam benda, dapat pengalaman macam macam. SAYANG MAK AYAH ADIK ATUK CIKNANA MAKCIK PAKCIK SANGAT SANGAT!
( sayang along juga. sangat sangat.hihi )  

ok. da penat. tata.

No comments:

Post a Comment