Wednesday, March 16, 2011

mandi seorang anak kecil

assalamualaikum.


hari tu kan aku balik kampung, sebab ada kenduri. semua orang balik.cepat atau lambat jek. yela, masing masing ada tanggungjawab, tapi still jangan lupa ada atuk yang tinggal sorang kat kampung.
eh, adik aku tak balik! yela, kene faham sebab upnm bukan macam universiti lain yang senang senang kau nak ponteng lepas tu angkat kaki balik kampung. lain la akak dia nih, sesuka hati jantung jek cabut balik kampung. heheh.

ha, ni adik aku. bakal kapten. insyaAllah.oleh kerana akak rindu kau, akak letak la gamba kau kat sini.ahaha.naseb baek kau tak tau akak ada blog kan, tak de la kau baca ape akak tulis nih. hahaha

jadi, masa balik kampung hari tu, adik sedara aku yang mohamad harith haikal tuh, kakak dia tak balik.jadi, takda sapa nak mandikan dia. tup tup tetiba mak dia cakap kat dia, "tu suruh kak lin mandikan".

omg! aku mula berdetik dalam hati.
"alamak, mana ayah dia, suruhla ayah dia mandikan. aku da la tak penah layan budak budak kecik mandi nih.dulu kecik kecik pun mandi ngan adik aku sorang tuh,eip, MASE KECIK ea! tu pun da berapa lame.adik aku pun sekarang da lagi menggalah dari aku.omg omg!"

seram sejuk mula menyelubungi. macam mane ni. nak kene google ke camne nak mandikan budak kecik.camne nak suruh dia gosok gigi.camne camne.
takpe takpe.chill chill. haha. (ni la yang terjadi bila adik beradik kau tu 2orang jek, tak sempat nak belajar tukar lampin adik, kau dengan dia da same besar)


ha, ni la haikal. memang manja pun dia nih. bijak pulak.mulut petah macam senapang.adeh.semua dia tanye.

so, aku pun pegi la bawak dia mandi. ape yang jadi kat bilik air?

aku: adik! jom mandi. cepat amik tuala!
haikal: mak!!!!!nak tuala! (mak dia pun hulur la tuala)

sampai dekat bilik air, dia pun bukak baju, (omg bibird!) eh, budak kecik takpe. hahahaha

aku: adik, cepat kincing.
haikal: kak lin, kenapa kita kencing banyak nih.tak berhenti henti pon (mule dahhhhhhh)
aku: ala... tadi adik minum air banyak kannnnn.. adik buang pun banyak la.... (sambil jirus jirus air dekat dia)
haikal: kak lin! cube tengok bird kite!
aku: (aduh. ape menatang lak dia suruh aku buat nih) nape? kenape?
haikal: da abes da kincing. hehe.
aku: ha, dah dah. mandi cepat. sini sini akak jirus air. adik kalau mandi kene siram air dari bawah.. tau
haikal: kenape?
aku: entah (bodoh punye jawapan) ok, sabun pulak
haikal: nak dettol dettol
aku: ala, dettol dah abis la
haikal: meh sini adik bukak. adik nak letak air. (See see bijak kan)
aku: ok. da letak air, meh akak tutup. cepat cepat letak kat tangan kat badan
haikal: wa, bestnye, kak lin tembak lagi kat badan kite best best (dengan aku sekali dia letak sabun tuh)
aku:  ha, dah dah. sapu sapu. biar kuman mati. sampai tapak kaki ni. nanti kuman tak naik. kuman takut.
haikal: yeke kak lin?
aku: iyeeee. cepat cepat.nak gosok gigi pulak. kite gosok gigi same same ea.adik ikot akak tau
haikal: ok ok.

maka kitorang pun gosok gigi sama sama.lame betol dalam bilik air, bising! tak berhenti becakap! wahhhhh. berinformasi betul aku mandikan budak.hahahhaha.
dan petang tu,
" makkkk!!! adik nak kak lin mandikan lagi!!!!
ok. bagus. nak kene mengajar dalam bilik air lagi.



tapi takpe, aku dapat hadiah. sebuah lukisan yang dilukis oleh haikal. ok. rumah ada ampai dekat dinding.
ok.tak pa.
terima kasih budak kecik.akak da tampal dekat board meja stadi!

2 comments:

  1. sungguh comel..huhu yg kte plak mandikan anak jiran huhu yg ni jenis senyap je..huhu sungguh peaceful..adik die plak yg byk mengomel dlm bhs alien die..

    ReplyDelete
  2. hahaha. tau tkpe. mndikan dia jek da dkt 1jam. aigoooo

    ReplyDelete