sorang sorang hari ni dekat bilik.
boley tido lena nih.
hewhew. ape kejadah anak dara tidur waktu waktu macam ni.
walaupun ada keje melambak....
terbayang dah muka supervisor yang perfectionist itu.
tapi masih lagi mata gatal nak habiskan tengok cerita heartstring nih.
ape nak jadi la.............
sebenarnya..terfikir 1 benda...
e mm..
aku rase aku ni memang dilahirkan bukan untuk menggembirakan orang, tapi membosankan orang..
hewhew...
sebabnya..banyak sebabnya....
memang dari kecil aku macam ni...
ok, 1. masa tadika.
orang lain gila gila riang main dekat padang. aku termenung. fikir dulu nak main ape.nak main yang mana.
nak main apa yang tak menakutkan. so, end up, aku duduk dan senyum senyum tengok orang main sambil hafal sifir 80. yang tu tipu. :)
2. masa sekolah rendah. dekat sekolah rendah kan selalu main grouping2 buat kuiz tu kan? macam lawan antara group tu la. mase tu, diorang akan form group, so macam biasa, best friend will always be together. tapi untuk aku tak. eh, aku ade bestfriend, bukan takde, tapi, mase form group, tibe tibe group bestfriend aku dah cukup orang. so aku tertinggal. eh, bestfriend ke tu? bestfriend la. so, end up, group dengan kawan kawan jugak, tapi yang tak berapa rapat. but still aku appreciate la diorang sebab nak segroup dengan aku. so, aku bagi diorang the best untuk kuiz tu. :)
3. masa sekolah menengah. mase ni aku pindah. so, mase untuk adapt dengan persekitaran baru, which is totally sucks! errr.em. entah la.tak tau nak cakap macam mana masa sekolah menengah ni. kalau masa seolah rendah dulu, cikgu aku mesti kenal aku. tapi masa sekolah menengah ni, no one has ever reconized me. sampai sekarang. hewhew.kesian kan.bila ada budak sekolah menengah aku tegur kan, chatting kat fb ke, diorang mesti terkejut. sebab aku peramah.haha.compare dengan masa sekolah dulu, diorang kate, aku ni macam ulat buku. jalan pun tunduk jek. nerd giler weh. ape nak jadi la.hahah
4. masa universiti.Alhamdulillah dekat universiti ni, aku jumpe geng aku. best! diorang tak pernah tinggalkan aku, wiling to help anytime. serious. diorang awesome!baik! ini yang kite kate mase susah senang bersama.
tapi, sebenarnye, kawan kawan aku semua baik. what make them far from me is myself. aku sendiri sebenarnya. sifat aku yang suke sorang diri. dalam kelas, memang aku akan senyap, dan takkan bercakap, sebab tu takde sape nak duduk sebelah aku, nanti diorang takde kawan nak berbual. bile diorang cakap dengan aku, nanti aku buat muka. e. perangai aku.teruk.
lagi satu, bila buat kerja, aku macam tenggelam sekali dengan kerja tuh. sampai teremo emo. orang takut kerja dengan aku.memang ini perangai aku. dekat rumah, bila mengemas, nanti aku bising, walaupun sorang sorang. itu tak kene ini tak kene. perangaiiiii.teruk.
sebab tu la aku sorang sorang sekarang ni. sebab itu pilihan aku. it's better for aku to be alone, sebab kalau aku dengan mereka, i will only make them hurt. duduklah sorang sorang. makan cikedis, orang tak sakit hati dengan aku. aku tak sakit hati dengan orang. sihat jek semuanya. :)
orang dalam kesusahan, aku akan cuba tolong! itu mak aku dah ajar, sebab nanti bila aku susah, mesti diorang tolong aku jugak.
BOSAN KAN AKU? sebab aku nerd suka duduk bilik sorang sorang, nangis nangis tengok cite korea sorang sorang.
i'm used to it. sebab dekat rumah pun aku sendiri.
TRY WALKING IN MY SHOES. U'D FALL ON YOUR FIRST STEP.
adios. nak sambung tengok heartstring. handsomenyeeeeeeeeeeeeeeeee!!!
p/s: kalau ade kawan kawan experienced benda nih, jangan sedih tau. u have friends. it just your choice to do what u want to do.
No comments:
Post a Comment