ghostbuster!
korang pernah tengok tak? masa kecik dulu, ada kan cita ghostbuster kan?kan kan?
ade la. ade. yang dia ada senapang besar untuk tangkap hantwothreefourfive tuh.(sensitip nyah malam malam nih)
eh, malam ni malam ape? malam khamis kan? fuh. ok selamat sikit.
tak, macam nih cerita dia. tengahari tadi masa lunch, ada la terkeluar topik nih sebab malam tadi wadi rumet aku macam ada dengar bunyi pelik. ahahahaha. jeng jeng jeng.
sekarang pukul 11. ok selamat. terus.
lepas tu, kitorang cerita la pengalaman masing masing bila mana tengah tengah kau lena tidur, tetibe alam semulajadi memanggil (nature's call) di mana kau memang perlu sangat sangat nak ter kucil. tengok telipon bimbit kat tepi bantal, gosok gosok mata.
"pukul berapa ea. 2.59."
"em"
mak!pukul 3! di mana pada kadar waktu nih, dikatakan han234567 tuh sangat aktif adrenalin nya. eh, ade ke? haha.tipu.tak tau.okeh. maka, kau pun mule berfikir dan baca bismillah tak berhenti henti.
"nak pegi ke tak nak pegi ke tak"
tak tahan dah ni.kau pun pecut jek lah.bukak segala lampu yang ada. pintu bilik pun biar terbukak jek.sarung selipar.bedezup.
eh! Allahumma inni a'uzubika minalhubsi walhobais.
ha, baru masuk toilet.toilet pulak ada banyak cermin.omg!mula la kau terbayang pelbagai wajah kat cermin tu.omak!!!! ok, abaikan. masuk toilet! sebelum sampai toilet tujuan, ada dua toilet kiri kanan toilet duduk tau, kau ni kampung lak kan, kene yang cangkung. kene jalan depan sikit lepas toilet duduk baru sampai. tangan gatal pulak kan, abis pintu toilet duduk tu kau tolak dulu untuk memastikan takde pape.
okeh!line clear!
sampai toilet cangkung. sambil melepas hajat, kau toleh kiri kanan. pandang atas lagi tuh! memang la cari nahas betul.kang ada yang jenguk kang, pengsan kau situ.
ok, line clear! da lega.
nak balik bilik. kalau aku. tarik flush pumpampumpam, bedezup aku lari masuk bilik tak pandang kiri kanan dah.dan kunci pintu dengan selamat.
sampai bilik, laen pulak ceritanya.
tak masuk compartment aku lagi nih.dalam hati da fkir bukan bukan.kot kot ada yang tersengih atas katil tu, kau nak buat apa?
bodoh betul fikir camtu!
ah!tensen!
korang pernah tengok tak cerita melayu yang bila ade penulis skrip cerita hantu tu tengah taip taip kan, tetibe ade lak kat belakang dia! whoaaaa!!!
eh, cop! aku tengah buat ape nih?mak! nyah!!! jangan pandang belakang!
p/s: ade lagi cerita menarik pasal ghostbuster.tak abes lagi nih.tapi rase em.toksah cakaplah.
p/s: untuk adik sedara yang tengah tinggal sorang kat umah, selamat lah kau!haha
p/s: untuk amir judin yang mungkin tengah membaca, ni la yang selalu tido lambat tuh. haha
No comments:
Post a Comment