eh, bukan orang lupa aku ea.aku kan ramai orang sayang. bwekkkkkk, ko jangan perasan.
hari ni kan hari wanita sedunia. untuk wanita sahaja, harap maklum.
untuk ibu, untuk emak, untuk mama,untuk wan,untuk nenek, untuk atuk perempuan untuk makcik makcik.
untuk kakak, untuk cikgu perempuan, untuk doktor perempuan, untuk makcik cleaner,
untuk sapa sapa sahaja yang bergelar wanita lah! yang half half tak boleh ye.
SELAMAT HARI WANITA!!!!
ok, cukup. aku pon wanita. dan tiba tiba terase tua.erk.
em. camne nak masuk topik tadi tah.
tetibe terlupa.adoi.sape suruh kau makan maggi banyak sangat. =.='
ha! lately ini, yakni, kebelakangan ini, peristiwa peristiwa putus cinta kerap berlaku di sekitar aku.
hmmm. kenapa ye?
adakah lelaki lelaki sekarang tak serius? suka main main? tak matang?
atau tu memang bukan jodoh kita?
aku pun pernah putus cinta.
jadi, tak perlu risau kerana penulisan ini datang daripada sumber sumber sah otak dan memori aku.
kenapa putus cinta?
dah tak sayang?
dah tak suka?
dah ade yang lain ke?
atau AKU (bukan orang lain ye, yang lain cantik manis belaka) ni cukup buruk untuk kau pandang lama lama sampai nak terluah segala isi perut kau?
kau dah LUPA ye?
kau dah LUPA aku?
kau dah LUPA mulut kau kata ape? eh, mulut tak salah, tapi tuan dia yang bengap. kau sekolah dulu selalu failed ea?
i sayang u. i cinta u.
ahh!persetan itu semua. kau pon perangai macam bertanduk itu.
eh, emo pulak teeetttt. =.=' oke, hirup udara nyaman. breathe innnnnn. breathe outtttt. chill chill
bila manusia manusia ini lupa, maka, putuslah kata kata cinta madah madah berhelah yang sering diungkapkan itu.
iye, betullll!betul.tak tipu.
kau perempuan, tak payah la nak menangis air mata sirap ke oren ke, tak payah.
kalau dia dah lupa tu, tak payah harapla dia nak ingat kau.
eh, jangan harap lah.
yang paling teruk,jangan kau sebut ayat nih,
"aku rase nak mati takda dia"
mak aii.
weh, banyak sangat bekal ke nak bawa pegi kubur?
bekal ape sempat kau masak?nasi lemak?telur goreng?ada letak ayam?
sempat ke?
tak payah weh.
hidup panjang lagi.
setakat kau putus cinta umur 22, kau ade lg 10tahun minima la kot untuk kau cari lain.
dalam masa 10tahun tu weh, macam macam orang kau jumpa.
kau toksah risau.
ado yo yang lagi baek untuk kau.
nak camno, ghondah?tinggi?muko bulat?muko bujur?mato sepet?mato bulat?
cari weh cari.
tuhan cipta bumi ni cukup besar untuk kau cari.
relax weh relax. chill.
aku pun pernah gak rase putus cinta nih. umpama makan taugeh gak la. sebab aku tak suka makan tauge kan.
bila aku makan tauge tu kan, bekoghut dahi nia ha. rase macam pati tauge tu seminggu pon takmo hilang la.
lagi yang kalau montah montah tu kan. mak aiii. menitik air mato den!
camtu la lebih kurang rase putus cinta nih.
but, soon, you'll recover.
kita nih, hilang orang yang sah sah takde setitik darah, gen ke dna pon dalam badan kita weh, tapi sedih macam ape jek.
weh, fikir fikir balik, kau bukan hilang mak ke, ayah ke weh.
kau hilang orang yang takde kene mengena langsung hidup mati ngan kau weh!
jadi, kalau kau bercinta tu eh, sayang mak ayah biar lebih dari kau sayang boipren kau tuh.
yang bawak kau masuk syurga mak ayah kau weh, melainkan kalau kau dah kawin la kan.suami kau la yang bawak.
jangan risau.jangan sedih.jangan hiba wahai kawanku sayang.
aku sayang kau lagi banyak dari ex kau sayang kau.
mak kau sayang kau lagi berbilion bilion banyak dari boipren kau sayang kau.ayah kau, adik kau, abang kau.malah kucing kau pon, hari hari duk doa kat kau ni sebab kau bela dia baik sangat kan. kan?
apa apa hal pun, baliklah pada yang maha Esa.
iye, time susah baru cari Allah ye?
lebih baik cari daripada tak cari kan.
dan tolongla jadikan pengajaran dan peringatan yang sebaik baik sayang yang kau ada tu sepatutnya kau bagi pada yang Satu tu. Dia yang berhak. kalau Dia putuskan cinta dia dengan kau weh, alamat kau,alahai.toksah cakaplah.yang terbaik nya, kau jangan lupa Allah.
kalau Dia nak clash ngan kau weh, banyak sebab weh, dengan tinggal sembahyangnya, lawan cakap Dia. kalau kau ikut, Alhamdulillah. bagus. thumbs up! banyak ibu jari naik nih.sejuk poghut mak kau weh.
jadi, PERSAMPAHKAN je cinta yang merapu semua tuh!
kau cari yang ikhlas weh. yang boleh bawak kau ke syurga. bercinta biar sampai ke syurga weh.
time bercinta tu pun, kau doa mintak berkat, jangan kau buat benda bukan bukan.
doa tu penting weh. hari hari doa, takde lah keja putus yek cinta kau.
cari berkat Allah penting weh.
doa banyak banyak.
"ya Allah, aku pohon biar cinta ku padanya kau restui, biar cintaku padanya tidak melebihi cintaku padaMu.biar cinta aku dan dia buat cinta kami padaMu lebih utuh.
agar bahagia itu kekal milikku.selama hayatku."
ni doa aku sendiri lah. nak ikut, ikut. taknak sudah. aku jek paham doa nih.haha
hey, KAU DAH LUPA AKU EA?
takda hal lah. aku pun dah lupa kau.
hyehyebyebye.

No comments:
Post a Comment