aku search dekat internet ni jek.
tentang makna bacaan dalam solat.
eh, korang dah tau?ala.terasa jahilnya pulak aku nih.
tak payah baca la macam tu kalau korang dah tahu.. :)
sebelum ni ada juga aku post pasal ni, tapi aku sendiri dah lupa la..
aish...tu la,
pelupa.
kena rotan nanti baru tahu.
sembahyang tonggang tonggek tapi tak tahu sepatah haram pun ape yang aku baca.
aish =.='
eh, tak baik mengeluh.
nak berubah lah ni.
Allah maha pengampun kan.
insyaAllah...
jadi, ada la dekat sini makna bacaan dalam solat tu.
niat tak payah la ye. kronik wo kalau niat pon tak tau makna.
penat mak ayah tampal manila kad ke hape tah kat belakang pintu bilik kat dinding kat meja tuh.
jom!
antara bacaan bacaannya,
1)Allahu Akbar
Allah Maha Besar
2)Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
3)Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
4)Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
5)Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
6)Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
7)Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
8)Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9)Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
10)Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
11)Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
macam tu lah sedikit sebanyak.
terima kasih halaqah.net sebab aku ambil info ni dari situ.
jangan lupa, khusyuk dalam solat tu penting!
jom sembahyang maghrib!
dah azan!
credit to: halaqah.net
jgn post je yunk...hafal n bila dah faham nnt bila solat ko akn rasa seolah kita tgh ckp ngn tuhan..hehe..akuu tgh usaha jgak ni..kdg2 jadi(time kusyuk la..hehe..)kdg2..aku ter pikir bnda len..hahaha..
ReplyDeletetu le pasalnye.nak selak buku jauh sekali.same same la kite :)
ReplyDelete